April Fool or April Sinful!!!!!


"APRIL FOOL.....!!!"

April, satu nama bulan daripada 12 bulan yang famous. Menduduki carta keempat, banyak perkara sama ada meniggalkan sejarah hitam atau putih kepada setiap individu. Dalam bulan ni saja , Kak Chak ( kakak sulung aku akan sambut bithday dia)..gagaga....tak sabar nak beli,balut dan bagi hadiah kat Kak Chak ( you are the greatest sister ever, loads of sacrificial you made for us, jazakallahu khairun kathir0, l0ve y0u actually..)...tapi sebenarnya aku bukan nak cerita pasal historical moment or whatsoever...but I wanna tell you something that forbidden f0r every Muslim to do. April, dikenali juga sebagai the month of jocularity, bulan gurau senda??? Boleh ke macam tu??? Boleh, kita digalakkan untuk bergurau senda agar ukhwah sesama saudara lebih kukuh terjalin malah Nabi Muhammad sendiri acap kali bergurau sebagai satu peristiwa seorang wanita bertanya kepada Baginda, " Ya Rasulullah, bolehkah aku masuk syurga??" lantas Rasulullah bersabda kembali kepada orang tua perempuan tersebut, " Tidak boleh kerana dalam syurga tidak ada orang tua, yang tua akan menjadi semuda-mudanya", lantas orang tua tersebut menangis tersedu-sedu kerana teringatkan keindahan syurga. Banyak lagi gurauan yang dilakukan Rasulullah namun gurauan Baginda adalah bersederhana dan tidak melampau seperti lawak sesetengah daripada kita.

April Fool : Antara Gurauan dan Penipuan

Seorang ketua tokoh ulama' terkenal iaitu Dr. Yusuf A-Qaradawi telah mengeluarkan suatu fatwa yang berkisar tentang larangan menyambut April Fool. Ketua Persatuan Ulama Islam Antarabangsa itu juga menegaskan bahawa menyambut April Fool bererti menyambut penipuan, pembohongan dan pendustaan yang nyata, jelas, serta terang lagi bersuluh yang sangat dilarang dalam Islam.

Dalam fatwa beliau yang terbaru sebelum memasuki bulan April, Dr. Qaradhawi berbicara dalam Islamonline ," April Fool atau kedustaan April adalah HARAM kerana ini jelas menunjukkan pembohongan dengan memaklumkan kepada orang lain kepalsuan dan kegelisahan. Rasulullah bersabda, " Tidak boleh seorang Muslim membuat takut seorang saudaranya yang lain walaupun bertujuan untuk bercanda dan bergurau"

Alasan pengharaman April Fool dihuraikan beliau dalam empat hal:

  1. Kerana pendustaan. Dusta bukan akhlak seorang beriman tapi seorang yang bernama munafiq. Sabda Baginda, " Tanda orang munafik itu ada tiga, bila berbicara dia dusta, bila berjanji dia ingkar, dan bila diberi amanah dia khianat." Dalam Hadith lain Rasulullah bersabda, " Ada empat perkara bila semuanya berkumpul pada diri seseorang maka dia adalah munafik. Salah satunya ialah dusta."
  2. Kerana dusta adalah akhlak yang menolak kebelakang keimanan. Rasulullah ditanya adakah seorang mukmin boleh menjadi seorang yang pengecut? Maka Baginda menjawab "Ya". Orang itu bertanya lagi, adakah seorang mukmin boleh menjadi seorang yang kedekut? Maka Baginda menjawab "Ya". Orang itu bertanya lagi, adakah seornag mukmin boleh menjadi seorang pendusta? Maka Baginda menawab " TIDAK".
  3. Dusta adalah pengkhianat terhadap sahabat dan teman. Sabda Rasulullah S.A.W., "Sebesar-sebesar pengkhianatan adalah apabila engkau berbicara dengan sahabatmu dengan perkataan yang dia anggap engkau jujur,sedangkan engkau berdusta kepadanya"
  4. Terakhir, April Fool termasuk dalam taqlid a'ma ( mengikut secara membabi buta ), terhadap kebiasaan non Muslim. Kita sebagai umat yang dijadikan Allah sebagai umat pertengahan tidak boleh mengikuti adat orang bukan Muslim yang suka melakukan pembohongan, pendustaan dan pengkhianatan. Kita juga tidak boleh mencampurkan antara yang baik dan yang buruk.
Beliau juga turut menghuraikan pendustaan yang diharamkan seperti pembohongan dalam perniagaan iaitu dengan mempamerkan kompetiri yang menyimpang dalam publikasi dan iklan. Ada juga pendustaan yang dibolehkan seperti untuk mendamaikan suami isteri.

Macam tu lah...pernah dengar tipu sunat???? Tipu makruh?? Tipu wajib??? Tipu harus???? Tipu haram???? Tak ada istilah macam tu kecuali tipu yang diharuska n dalam Islam untuk kes-kes yang tertentu seperti yang dikatakan Dr. Yusuf tadi. Kita boleh menipu dalam kes-kes yang tertentu tetapi haram menipu dalam kes-kes yang bertujuan seperti yang macam kat atas tadi. So, pandai menipu pandai lah tanggung.

Anyway, April ni jangan tanam azam untuk kerja-kerja menipu jer, cuba2 la tanam azam nak work harder ke, improve diri ke, format iman ke....jangan la nak hantar2 virus bangang dan bahlol kat orang, jangan la buat crita2 najis nak kenakan orang, coz mulut, badan binasa.......pandai2 lah korang tanggung akibatnya!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum n byep!!!!

No comments: