GEMPAR | 12 POLIS DITAHAN EKORAN PENEMUAN KUBUR!

Wang Kelian -  Seramai 12 anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung sindiket pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia-Thailand.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, empat daripadanya ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala lapan lagi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak menolak kemungkinan pembabitan anggota keselamatan negara termasuk anggota polis dalam sindiket penyeludupan manusia yang bertanggungjawab atas kematian pendatang pelarian-pelarian yang ditemui dalam kubur besar di Wang Kelian, Perlis. 

Tegas beliau, tiada pihak yang terkecuali termasuk pihak berkuasa tempatan, Jabatan Perhutanan mahupun kakitangan kerajaan sekalipun daripada tindakan undang-undang sekiranya didapati mendalangi sindiket berkenaan.

"Saya tidak menolak kemungkinan penglibatan termasuk anggota polis pun kita akan ambil tindakan apabila kita ada cukup keterangan dan bukti. Tiada sesiapa yang terkecuali daripada tindakan undang-undang dalam perkara ini," kata Khalid dalam sidang media selepas mengadakan progran lawatan hospital di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sempena sambutan peringatan Hari Polis ke-208.


Sejak penemuan kubur dan khemah pelarian berhampiran sempadan Malaysia-Thailand itu, beliau mengesahkan tiada lagi penemuan kubur atau khemah pelarian baru di kawasan terbabit.
"Kita tidak percaya ada lagi sebab kita telah buat screening dan combing yang menyeluruh daripada Tangga 100 hingga ke Kampung Y. Jadi kami yakin tiada lagi kubur atau khemah yang mungkin didirikan oleh pendatang," kata Khalid.

Sumber Astro Awani


No comments: