Buang yang keruh, ambil yang jernih


" Expect to be burdened with more responsibilities. You may have to set up a budget for yourself or someone you feel indebted to. You can make gains through business associates today."


Assalamualaikum, dah seminggu tak update blog. Baru-baru ni ada chat ngan kawan tentang nak buat blog untuk team pantun sekolah. Diorang kata ok, tapi aku yang tak tau bila nak buat. Busy..( busy sangat ke???)..gagaga....btw, minggu ni boleh dikatakan agak boring la because tak balik tapi nasib baik last week gi jalan-jalan ngan diorang. Alhamdulillah..trimas kawan-kawan..biasa la, kembara ilmu, tak ceria tanpa ukhwah fillah. Trima
s jugak kepada beberapa orang yang sudi chat ngan aku kat YM. Hilang jugak keboringan. Hari ni punya horoskop. Kalau aku terjemah bunyi macam ni.


" Aku akan berhadapan dengan tanggungjawab yang besar yang harus dipikul. Aku perlu buat satuperangkaan bajet untuk diri sendiri dan seseorang yang aku berhutang budi dengannya.

( hurm..sounds serious) ...Aku juga boleh buat duit tamabahan dengan rakan perniagaan hari ni..( still study)"

What the heck????? Hahaha...actually dah banyak kali dah baca horoskop. Memang horoskop haram sebab boleh menyimpangkan diri kita daripada percaya kepada Allah S.W.T. dengan melebihkan kepercayaan kepada manusia tapi sebagai seorang yang dikurniakan akal fikiran dan hati, saya rasa kita sendiri boleh berfikir yang mana baik dan mana yang buruk. Sebagai seorang yang mukallaf dan mumaiyiz, horoskop bukan suatu benda yang 100% haram kerana di dalamnya terdapat juga kebaikan. Apa yang penting kekuatan iman. Bak kata pepatah, ambil yang jernih, buang yang keruh. Kita aplikasikan mana yang baik dan jauhkan yang mana benda yang buruk. Horoskop aku cakap aku akan berhdapan yang berat, jadi aku perlu sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan dan terima dengan hati terbuka. Ingat...

"Ambil yang jernih, buang yang keruh"



Nak cerita pulak pasal 28 Mac 2009. Earthour. Waktu bumi????? Hahaha...dah dua hari lepas earthour kat seluruh dunia. Memang banyak bandaraya seluruh dunia tutup lampu bukan Malaysia saja. Aku dengan ashabi minal 'ulama mutaakhirun...( diorang ni besh) kami g jalan-jalan kat KL coz b0ring ahh dok dalam bilik, dah la banyak nyamuk, panas lak tu. Actually nak tengok earthour kat KL. Suasana dia macam mana. Kami jalan-jalan kat Jalan TAR, round2 kat MPH mula2 tgk novel english yang 'bapak mahal'..semua cerita best2....ada novel HerOES, MONK, thE cuRious case of benjamin button,urm..........banyak gila!!!! Heck....not enough money to buy. Lepas nie leh baca da vinci code kalo syamim bawak. Sorry to say for those who said the da vinci code movie is boring. I'd enjoyed the movie very well....( huhu,,baru tengok, aku ni lambat sket)...back to the topic, earthour..!!! apa sumbangan kita terhadap mother nature??? Tadi ustaz usul fiqh ada crita pasal earthour, dia cakap wajib kita menyumbang kepada alam sekitar. Currently, the ozone layer sedang menipis, so sebagai seorang yang bertanggungjawab dan mempunyai hubungan 3 hala antara Allah, Alam Sekitar dan Manusia. Ustaz cakap haram tebang pokok sesuka hati. ALlah marah...gagaga..siyes haram. Ye la kita telah mencederakan sesuatu yang selama ini berjasa terhadap kita. Tumbuh-tumbuhan membekalkan oksigen dan menghijaukan bumi. Allah sesungguhnya telah menetapkan kadar untuk manusia dan alam, kalau kadar tu dah berubah, alamatnya bencana la. Lagipun, kerosakan di muka bumi ni adalah sebab daripada tangan manusia sendiri. Hurm, takut aku. That's why la nabi larang memusnahkan tumbuh-tumbuhan semasa perang. Hurm, kesimpulannya, harungilah hidup denagn penuh kekuatan dan sentiasalah refresh iman dan love your nature as you love yourself.

No comments: