Learn psycho not to be psycho..!!!!


Ya salam, PSYCHOLOGY MUSLIM, psikologi???? Gagaga.. tak pernah pun aku terfikir nak belajar psikologi, kalau motivasi ada la, apa-apa pun I will try to put effort on myself so that the subject will be my favourite. Hari ni adalah kelas pertama aku dengan seorang lecturer baru daripada UIAM dibawa ke KUIS untuk mengajar kami subjek ni. Apa yang menggembirakan, pada hari pertama, beliau telah menunjukkan first impression yang very unexpected. Physical impression beliau sudah cukup membuatkan aku rasa lega sebab aku hoping beliau a.dalah seperti seseorang seperti beliau ( falsafah tu..) . Alhamdulillah dia adalah yang kami mahu....... seorang yang lemah lembut, petah berkata-kata, pandai buat lawak ( tu mesti ada ), sporting dan cantik. Gagaga....
( cantik is not really my favourite feature). Her name is Puan Isfadah Bt. Mohd. Dasuki. A very ideal lecturer that students always want.

Bercerita pasal psikologi, first-first belajar memang agak memeningkan. Hari ni saja pun dah belajar tentang definisi dari sudut pandang dunia Barat dan dunia Islam. Kalau sebut saja pasal psiko ni, mesti korang pikir orang gila, tinggal kat Tanjung Rambutan, hospital bahagia and otak tak centre....actually psikologi adalah satu cabang ilmu, nak tahu lebih lanjut, baca la apa yang aku belajar hari ni..
Dari bentuk literal, psikologi berasal dari dua perkataan iaitu psycho bermaksud jiwa dan logy ilmu. Secara konseptualnya ( iaitu pengertian psikologi secara umum), psikologi bermaksud ilmu pengetahuan yang mempelajari tingkah laku atau kegiatan psikologi individu dalam hubungannya dengan persekitaran.

Antara tujuan pembelajaran ilmu psikologi ialah :

1 . Understanding : Memiliki pengetahuan tentang konsep-konsep dan prinsip-prinsip psikologi yang menjadi asas tingkahlaku.

2. Predicting : Berdasarkan pengetahuan yang dimilikinya , mampu mengenal dan mengandai permasalahan-permasalahan psikologi yang terjadi di lapangan kehidupannya.

3. Controlling : Mampu menguasai dirinya dan tampil mengatasi permasalahan kehidupan menggunakan ilmu psikologi.

Sebelum belajar tentang mendefinisikan psikologi Islam, kami kena belajar dulu tentang sejarah perkembangan ilmu psikologi.

SEJARAH PERKEMBANGAN
  • Abad ke-19 adalah abad bermulanya perkembangan psikologi dunia Barat.
  • Para ilmuan Barat banyak mengeluarkan pengertian mengenai ' psikologi' yang dikemukakan olejh para psikologis.
  • Mereka juga membuat rumusan tentang pengertian psikologi.
Sejarah perkembangan psikologi terbahagi kepada tiga fasa utama.

Fasa Pertama

  • Merupakan studi tentang jiwa ( psycho ) iaitu tentang kesedaran
  • Dipelopori oleh dua orang ahli falsafah terkenal iaitu Aristotle dan Plato


Kelebihan Fasa Pertama
  1. Fasa pertama lebih menekankan tentang aspek dan konsep jiwa
  2. Ilmuan lebih banyak merumuskan tentang hakikat jiwa dan menggunakan pendekatan spekulasi
  3. Mencerminkan hakikat psikologi yang dapat mengungkap hakikat jiwa
Kelemahan Fasa Pertama
  1. Bersifat spekulasi ( tak berpijak pada bumi yang nyata)
  2. Hanya sebahagian daripada ilmu falsafah
Fasa Kedua

  • Psikologi adalah ilmu tentang kehidupan mental, seperti pemikiran, perhatian, persepsi, kebijaksanaan, kemahuan an ingatan. Fasa kedua dipelopori oleh Wilhem Wundt.
Kelebihan Fasa Kedua

- Ada usaha untuk memisahkan disiplin falsafah dengan psikologi.

Kelemahan Fasa Kedua

- Pemisahannya belum sempurna
- Berlaku percampuran falsafah dan psikologi

Fasa Ketiga
  • Ilmu tentang tingkahlaku organisme, seperti perilaku kucingterhadap tikus . Fasa ini pula dipelopori oleh John Watson
  • Menurut beliau, psikologi perlulah fokus kepada tingkah laku yang boleh diperhati.
Kelebihan Fasa Ketiga

- Mencerminkan psikologi sebagai disiplin ilmu yang berdiri dengan sendiri.
- Psikologi tidak tertumpu kepada hakikat jiwa dan mental sahaja tetapi memfokuskan juga kepada tingkah laku.

Kelemahan Fasa Ketiga

- Tak tertarik untuk membicarakan tentang hakikat jiwa
- Tak peduli perbezaan jiwa manusia dan binatang.

Macam tu lah apa yang dipelajari hari ni, memang agak complicated tapi fun.... x sabar gila for the next class.. to readers, thanks for reading and sorry for any inconvenience.

1 comment:

madeclaz said...

wah..
buken senang ek nk blajar psikologi...