MELETOP BAH | 77 Juta pengguna Sony PlayStation di hack.



Sejumlah tiga juta pemain permainan video yang menjadi mangsa penggodam melibatkan rangkaian permainan Sony PlayStation di Britain digesa agar membatalkan kad kredit mereka, lapor sebuah akhbar semalam.
Nasihat itu diberikan selepas Sony berdepan kemarahan 77 juta pengguna Sony PlayStation di seluruh dunia yang kini berisiko menjadi mangsa kumpulan penipu yang mencuri nama, maklumat, data bank serta kata laluan mereka.
"Ia merupakan antara kes menggodam data yang terbesar pernah direkodkan. Jika kad kredit saya hilang semasa saya menaiki teksi, saya akan membatalkannya. Namun, ia lebih teruk jika Sony menghilangkan maklumat kredit kad anda," kata seorang pakar keselamatan komputer, Graham Cluley.
"Pencerobohan internet ini bukan sahaja menjatuhkan imej Sony tetapi turut mendatangkan bahaya kepada para penggunanya," tambah pakar berkenaan.
Para pemain berang kerana Sony hanya mendedahkan perkara itu pada Selasa lepas iaitu seminggu selepas akses dalam talian melibatkan Rangkaian PlayStation digantung.
"Anda (Sony) menunggu hingga seminggu untuk memberitahu kami bahawa data peribadi kami telah digodam," kata seorang pengguna Rangkaian PlayStation.
Mengulas mengenai ketidakpuasan hati pengguna, Sony bagaimanapun menyatakan, ia lambat mendedahkan perkara tersebut kerana pada awalnya tidak menyedari bahawa pencerobohan maklumat itu berlaku pada skala besar.
Dalam perkembangan terkini, Sony memberitahu, ia telah menukarkan maklumat peribadi yang dicuri penggodam ke dalam bentuk kod rahsia sekali gus mengurangkan risiko maklumat tersebut digunakan untuk tujuan jenayah.
Ia turut menyatakan bahawa tidak ada bukti bahawa data maklumat kad kredit tersebut sudah dicuri.
Menurut Sony, data kad kredit itu telah diasingkan daripada maklumat yang terdapat dalam kad berkenaan.
- Agensi

p/s: Perghh...SONY pon kena hack. Apatah lagi laptop aku yang cabok ni. *Sape la nk hack aku, x de kerja. Wakakaka. Btw, 77 juta orang kot kena hack...mampossss! Pening kepala SONY nak menyetelkan masalah permasalahan ini. Nasib baik tak de nafsu nak beli PS3. Kalau tidak, aku pun tumpang sekaki, mangsa ke 77, 000, 001. :D

4 comments:

Anonymous said...

Assalam...owh gempak habis...bahaya nih...klo laa org godam paypals...hu3.habis duit dalam bank ku...

dayanaazhar:) said...

hahaha. macam manalah produk berkualiti tinggi yang dijamin selamat cam sony ps3 tu boleh kena hack? LOOKS like everything seems possible no matter what nowadays. Manusia bertambah licik dan bijak...huhu tapi guna di tempat yg salah....

Kicap Manis Media said...

@adam: giler kaya doe...

Kicap Manis Media said...

@dayana: TECHNOLOGY. well.