Susah makan. Nak blogging pun tak boleh. Susah ke harga mahal?

Bismillah. Ini kisah anak remaja. Dalam usaha untuk mencari sedikit rezeki dalam menuntut ilmu Tuhan. 

 Jemput makan, itu pun kalau ada duit la..

Dah lama SM tak blogging, mesti la traffic jatuh. Tapi SM kisah apa, blogging SM bukan sekadar nak cari populariti tapi sekadar menaip dan tak buang masa melayan FB yang semakin hari dah macam nasi. Tiap-tiap hari makan, even jemu dok makan nasi tapi nak makan jugak.

SM bukan budak pandai, jadi tak terpilih la masuk IPTA. Terpaksa la masuk IPTS. Alhamdulillah, asalkan dapat jugak menuntut ilmu even kena bayar lebih sikit. Pelajar yang dapat IPTA sepatutnya bersyukur dengan apa yang diorang ada. Kalau la diorang terpaksa masuk IPTS sebab tak terpilih ke IPTA, SM yakin diorang tak mampu nak survive. 

Kadang-kadang jeles tengok student IPTA boleh shopping bagai nak rak. Kesian jugak tengok student IPTS yang kadang-kadang terpaksa mengikat perut untuk membayar yuran. Dapat PTPTN tapi tak cukup nak tampung kehidupan. Diorang jugak terpaksa mengikat nafsu nak shopping bagai. Kesiann........oleh itu, terpaksa la pelajar IPTS bekerja part-time untuk tampung kehidupan. Semua ini salah siapa? Entah la.

Semalam SM pergi beli makan tengahari dekat sebuah restoran yang selalu SM pergi. Terkejut sebab harga dah naik. Nasi lauk ayam + sayur dh RM5. Terasa sangat. Nak salahkan siapa? Siapa yang kurangkan subsidi? Siapa yang naikkan harga barang? Tak dak sape dah yang boleh bertanggungjawab selain pemimpin yang mengawal semua harga. Kepada kedai makan yang suka dan happy menaikkan harga barang tanpa harga yang munasabah, semoga mendapat hidayah dengan kegagalan dalam perniagaa, kepada peniaga yang masih waras dan tidak zalim dalam muamalat, semoga Allah memberkati anda selalu... =) *Dengan pelajar pun berkira...patutnya dengan pelajar murahkan harga, berkat hidup kau!

SM pernah dengar, kenapa mesti kerajaan kurangkan subsidi? Bukankah subsidi tu datang dari rakyat? Bukankah seharusnya kembali kepada rakyat? Buat apa nak simpan duit tu? Ohhhh..ye la. Nak buat kenduri kahwin anak secara besar-besaran kot. Nak tiru wedding Prince William dan Kate Middleton ke? Biar je rakyat susah, asalkan pemimpin nampak mewah. 

Hari ni ramai pelajar IPTS terpaksa buat catuan makanan. Kalau dulu belanja RM10 sehari, hari ni terpaksa kurangkan kepada RM 7-8 sehari. Bukan kedekut tapi kalau tak berjimat, duit tak de, nak korek mana? Orang atas sana boleh la bersuka ria habiskan duit. Minyak free, makan free, merisik anak kat Kazakhstan pun free. Bestnya dapat kehidupan macam tu kan? Suka hati menaik dan menurunkan subsidi dan harga barang tanpa mengira berjuta rakyat Malaysia yang masih dalam tahap kemiskinan. 

Bila la nak dapat pendidikan percuma ha? Susah sangat ke nk beri ilmu Allah secara free?

"Rotan adalah cara terbaik untuk mendidik anak, tukar pemerintahan cara terbaik untuk didik kerajaan".

5 comments:

aqmalazmi said...

huhuhu..good luck yee

adwafarahin said...

btl tu!
ssh kot nk survive skrng klu xde dwet haihh
bersabar la yer
ktorang yg student IPTA nie pon separuh nafas juga nk hidup

huhhu

Aisyah Aina said...

time nak simpan duit ni la semua benda rasa macam mahal kan :)
tapi memang mahal pon...

pha is said...

syukur, aq dpt ipta... tapi sakit ati jugak msa dpt tw psai rombongan merisik tu... mmg buta perut....

Lily said...

Ni lah salah satu masalah yang berlaku disebabkan kita tidak meletakkan sesuatu di tempatnya. If kita pilih pemimpian yang tepat mengikur Quran dan Sunnah. Benda macm ni takkan berlaku.