Aku kembali, supaya ianya pergi.



Sesuatu yang ganjil,
Kalau kita letak kapal kertas hasil origami di atas air,
kita mahu lihat kapal itu terus maju,
biar jauh ke horizontal barat,
sayup dihujung alis mata,
kapal itu menghilang..

Namun hanya satu yang perlu kita sedar,
kapal itu hanyalah helaian hasil daripada origami,
lemahnya bukan terletak pada idea,
cuma hasil kejuruteraan.

Sekali sekala,
biar kapal itu tenggalam,
dirobek badai,
dirodok gelora samudera,
supaya kapal itu tidak lagi kelihatan,
kerana apa yang kita lepaskan, 
adalah sesuatu yang kita tidak ingini,
biarkan ia pergi.

No comments: