GILA | "Kalau tak nak bayar GST, beli brg yg tiada GST"

Kenyataan Ahli Parlimen Bagan Serai bahawa sekiranya rakyat tidak mahu bayar GST, maka, rakyat perlu memilih untuk tidak membeli barang yang dikenakan cukai GST tersebut. Apa pendapat anda?

GEMPAR | 12 POLIS DITAHAN EKORAN PENEMUAN KUBUR!

Wang Kelian -  Seramai 12 anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung sindiket pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia-Thailand.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, empat daripadanya ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala lapan lagi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak menolak kemungkinan pembabitan anggota keselamatan negara termasuk anggota polis dalam sindiket penyeludupan manusia yang bertanggungjawab atas kematian pendatang pelarian-pelarian yang ditemui dalam kubur besar di Wang Kelian, Perlis. 

Tegas beliau, tiada pihak yang terkecuali termasuk pihak berkuasa tempatan, Jabatan Perhutanan mahupun kakitangan kerajaan sekalipun daripada tindakan undang-undang sekiranya didapati mendalangi sindiket berkenaan.

"Saya tidak menolak kemungkinan penglibatan termasuk anggota polis pun kita akan ambil tindakan apabila kita ada cukup keterangan dan bukti. Tiada sesiapa yang terkecuali daripada tindakan undang-undang dalam perkara ini," kata Khalid dalam sidang media selepas mengadakan progran lawatan hospital di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sempena sambutan peringatan Hari Polis ke-208.


Sejak penemuan kubur dan khemah pelarian berhampiran sempadan Malaysia-Thailand itu, beliau mengesahkan tiada lagi penemuan kubur atau khemah pelarian baru di kawasan terbabit.
"Kita tidak percaya ada lagi sebab kita telah buat screening dan combing yang menyeluruh daripada Tangga 100 hingga ke Kampung Y. Jadi kami yakin tiada lagi kubur atau khemah yang mungkin didirikan oleh pendatang," kata Khalid.

Sumber Astro Awani


INFO | BR1M DIBAYAR ESOK, SEMAK KELAYAKAN ANDA!

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat kedua akan bermula esok, 28 Mei, melibatkan 4.65 juta penerima, kata Kementerian Kewangan pada Rabu.

Pembayaran peringkat kedua ini turut melibatkan tuntutan rayuan yang diluluskan kepada 141,670 penerima, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan.

Melalui pengumuman Bajet 2015, kerajaan memutuskan supaya pemberian BR1M pada tahun ini diagihkan kepada tiga peringkat.

Bayaran peringkat pertama telah diagihkan pada 15 Jan 2015. Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing.

Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima, dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank, CIMB dan Public Bank, yang berhampiran. Pada masa yang sama, Ahmad Husni berkata kerajaan memperkenal Skim Khairat Kematian (SKK) dengan bantuan sebanyak RM1,000, bertujuan membantu waris penerima BR1M dalam kategori isi rumah dan warga emas yang telah meninggal dunia.


Sehingga kini, lebih 16,000 tuntutan SKK telah diluluskan, katanya.

Waris penerima BR1M yang dinamakan dalam Borang Permohonan BR1M, boleh membuat tuntutan SKK di mana-mana cawangan BSN dengan mengemukakan dokumen sijil kematian serta kad pengenalan diri waris.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, penerima boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta e-mel kepada: br1m@treasury.gov.my.

BERNAMA