Men sampah.

Kesunyian menggarap percampuran perasaan yang tidak menentu. Semua perasaan bercampur baur. Rasa mcm kosong, tak berisi dan vakum pun ada. Hidup susah nk tentukan sama ada nak yang itu atau nak yang ini. Bila ada yang itu, kita tak bersyukur, bila ada yang ini pun kita tidak bersyukur. Tapi dalam hidup kita kena jugak belajar melepaskan. Bukan kerana tidak bersyukur, tetapi kerana kita tidak mahu pilihan kita untuk terus bersama dengannya itu adalah sebab berlakunya kerosakan pada diri kita mahupun diri dia. Namun apa yang lebih parah adalah apabila kita mula suka akan sesuatu yang dimiliki oleh orang lain. Akibatnya kita hanya seekor kucing yang mencakar-cakar balang kaca yang di dalamnya terdapat ikan emas. Hanya mampu menikmati dan merasai. Namun tidak memiliki. Hanya mampu berharap dan menatap tapi buat apa kalau bukan tempat untuk berkongsi rasa duka gembira. Kosong.


Kejam. Sangat kejam bila orang yang pernah kita kenal dan jatuh cinta kembali hanya dengan mesej "Hi, saya dah berpunya sekarang". Kenapa perlu beritahu semua itu? Logik akal mana bercakap macam itu. Dan kenapa di dalam keadaan aku bingung dengan diri sendiri kau datang menimbunkan kebingungan. Macam sampah, datang satu lagi sampah, kemudian satu lagi, sampai sampah yang lama terus tenggelam. Membusuk dan mereput. Orang cakap cinta itu buta. Orang tak sedar benci itu buta jugak. Sekali benci, dua kali benci, berkali-kali benci. Tak ke buta? Tapi ini bukan soal benci, tapi ini soal sampah yang bila di tambah kata me- jadi menyampah.

No comments: