Kita mengenali Perlis sebagai sebuah
negeri yang terkenal dengan keenakan buah mangga Harumanis. Namun, Perlis
baru-baru ini dikejutkan dengan titah bahawa Perlis Indera Kayangan tidak akan
dipanggil Perlis Indera Kayangan lagi. Namun Baginda Raja Perlis Bertitah Nama Perlis Tidak Ditambah 'Indera
Kayangan'
KANGAR, 25 Mei (Bernama) -- Raja Perlis Tuanku
Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menitahkan nama Perlis tidak ditambah 'Indera
Kayangan' atau 'Darul' sebaliknya hanya 'Perlis' seperti termaktub dalam
undang-undang tubuh negeri.
Baginda bertitah undang-undang tubuh tersebut
ditandatangani oleh ayahanda baginda, Almarhum Tuanku Syed Putra Syed Hassan
Jamalullail hanya dengan nama Perlis tanpa ada sebarang tambahan.
"Oleh itu saya
harap biarlah nama tersebut dikekalkan dengan nama Perlis tanpa ditambah Indera
Kayangan yang mempunyai kaitan dengan dewa-dewa atau apa-apa Darul," titah
baginda.
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah demikian
semasa merasmikan Muzium Kota Kayang dan Jamuan Teh Rakyat bersempena sambutan
keputeraan ke-72 baginda di muzium itu di sini hari ini.
Berangkat sama ke majlis itu Raja Perempuan
Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed
Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen
Akashah Khalil.
Menurut baginda nama Perlis pernah dibincang
dalam mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)
semasa baginda menjadi Yang Dipertua majlis berkenaan pada tahun 80-an.
"Keputusan mesyuarat itu dipersembahkan
kepada ayahanda saya dan baginda juga mahu nama Perlis tidak dibuat sebarang
tambahan," titah Tuanku Syed Sirajuddin.
No comments:
Post a Comment