Bahasa Mentamadunkan Bangsa : Apakah Bentuk Sesuatu Bangsa Andai Digodam Bahasa Ibundanya?



Saya baru-baru ini menyertai satu laman web media bagi remaja di Malaysia. Terasa hendak 'click' di pautan Isu Panas dan nah,PPSMI.. satu isu yang tak pernah lapuk dek hujan tak lekang dek panas.. Apabila dilihat di laman kritikan, banyak komen-komen pedas dari kalangan belia. Ada pro, ada kontra..namun saya tertarik dengan satu komentar dari seorang belia berfikiran ala kebaratan, sudah nama ke'baratan', fikiran pun di 'baratkan', sanggup dia menghina Sasterwan Negara, A. Samad Said, secara zahirnya sememangnya beliau adalah sasterawan, andai dihayati dan tadabbur pada karyanya, dia adalah pendakwah dalam membentuk identiti agama dan bangsa kepada anak bangsanya sendiri. Bawah ni saya sertakan komentar sang penghina:

" sokong PPSMI!!!!!!!!!!!!!!! Come on, dulu time nenek2 kita boleh je kene paksa belajar bahasa jepun. Siap bijak pandai lagi. Apehal anak melayu skrg ni pemalas? Suruh belajar english pun, mak bapak x nak bagi? Sengal betul. Ape? kalau pandai English, Bahasa Malaysia tu tak pandai ke? Ha.. orang yang cakap tu pegi anta skolah balik. Ni, si A Samad Said tu pencinta bahasa, dia sasterawan. Pi lantak la sama dia. Awat dia dok kalut sangat. Bukannye PPSMI tu kacau dia. Aiyoyoo.. Sampai bila nak suruh Melayu ni bijak? Melentur Buluh Biar dari Rebungnya. Ni pepatah yang mak bapak menteri2 tu dulu dok habaq. Na.. skrg, gunekanlah pepatah tu. Takkan la bile dah masok Universiti, baru TERHEGEH2 nak belajar English?"

Jijik saya membaca bait kata sang penghina ni....lantaran saya pun membalasnya dan EN DAXVILLO... Ini 'buah tangan' saya kepada anda.


Assalamualaikum dan Salam Ketamadunan Bahasa..

Hurm..memang tajuk ini tak pernah kering dari kontroversi, bermulanya hari pertama terpacul dari mulut mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat hatta hari ini. Nak kata panas tak terlalu panas nak kata basi, memang tak akan basi... namu kontroversi murahan yang dicetuskan pihak Kerajaan Persekutuan yang dikutui oleh orang-orang berfikiran cetek amat membimbangkan.Saya tak mahu berceloteh panjang, sekadar ingin mencantas bait kata 'si kaki komen berfikiran Barat' di atas. Kepada En. Daxvillo ( hah, nama pun sudah di 'Baratkan'),anda hanya tertumpu konsep PPSMI ini dalam kalangan pelajar berbangsa Melayu sahaja, memang benar anda lihat yang banyak menentang PPSMI ini adalah kaum Melayu, namun hakikat sebenar di sebalik penentangan ini, ramai lagi kaum lain yang terpinga-pinga mencari jalan agar projek 'tolol' kerajaan ini dibinasakan serta merta. Ingatkah saudara pada Laporan Barnes pada Ogos 1950, kaum Melayu menentang kerana tidak menerima layanan sewajarnya namun kaum Cina menentang laporan tersebut atas dasar tidak mahu kehilanagn bahasa ibunda mereka.Anda terlalu menekan kepada kaum Melayu semata-mata. Itu sudah jelas menunjukkan anda tidak mengamalkan perpaduan yang selama ini menjadi aspek penting dalam penubuhan negara bangsa. Pemikiran cetek dan tolol anda En. Daxvillo sekali lagi membayangi diri anda apabila anda tanpa segan silunya merendah-rendahkan kredibiliti seorang sasterawan, ilmuan, dan pendakwah.Jangan anda pernah merendah-rendahkan beliau sekiranya anda belum membaca bait kalam beliau. Kembali pada tajuk PPSMI. Anda tetap cetek Daxvillo (jijik saya nak sebut nama tu).Anda tetap membawa dimensi pemikiran barat ini apabila anda hanya tertumpu pada kaum Melayu. Mungkin anda hanya tertumpu pada pelajar yang telah diurbankan. Atau anda sendiri telah diurbanisasi.Cuba anda kira semula, bagaimana nasib rakan-rakan seperjuangan anda yang tidak mampu mengecap kejayaan dalam PPSMI?? kebanyakan pelajar yang gagal mengaplikasikan PPSMI adalah pelajar luar bandar terutamanya pelajar yang terdiri daripada suku kaum dalam kalangan ORANG ASLI ( sengaja dibesarkan supaya nampak).Bagaimana mereka hendak faham sedangkan bahasa Inggeris 100% asing dalam kehidupan mereka. Bayangkan anda berada dalam kehidupan mereka. Anda pada waktu tersebut tolol dan bodoh, tiba-tiba datang sejenis bahasa yang pelik menggantikan bahasa yang mereka faham. Anda mungkin kata " Eleh, macam la diorang faham BM", wahai Dax( sengaja dipendekkan kerana berbelit lidah),BM adalah bahasa perpaduan,bahasa negara bangsa dan bahasa integriti. Dikatakan 99 % dari kalangan rakyat Malaysia faham BM kerana mudah difahami. PATI (Bangla,Siam dan lain-lain) pun dapat berbahasa Melayu dalam masa beberapa bulan.Saya tak nak bandingkan Malaysia dengan Jepun.Selain itu, satu perkara yang sepatutnya dikaji semula PPSMI adalah pencabulan yang dahsyat terhadap Perlembagaan. Perlembagaan tidak boleh dipinda keran perlembagaan adalah institusi yang paling tinggi dan lebih tinggi daripada YDPA.Seksyen 17(1) Akta 550,Perkara 152, Akta Kebangsaan dan macam-macam akta lagi yang memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dalam pendidikan. Tapi pihak UMNO dan kroni-kroninya memang sudah biasa mencabul perlembagaan terutamanya dalam mencuri hak orang lain. Satu lagi, anda mungkin akan katakan " Ibnu Saidin ni tak baca akhbar ke??? Dalam Utusan Malaysia tu beritahu ramai pelajar tambah-tambah pelajar luar bandar dapat bagus dalam exam". NAh, satu lagi bayangi media dan kerajaan di mata anda. Tahukah anda peratus untuk skor A dalam peperiksaan besar untuk subjek-subjek PPSMI amat rendah??? 50 pun anda boleh dapat A.Ini menunjukkan kerajaan tidak bersungguh-sungguh dalam membangunkan PPSMI.Maka dengan itu, terlahirlah pelajar-pelajar PPSMI yang berkualiti rendah.Masih mahu memasak pemikiran Barat dalam pendidikan?? Kasihan sungguh merek yang berfikiran sebegini. Pernahkah anda mendengar 'Bahasa Melambangkan Bangsa'??.Apakah rasanya bentuk bangsa kita beberapa tahun lagi?? Fikirlah sendiri.. namun, apa yang paling penting adalah memudahkan orang bukan menyusahkan.. Baginda Muhammad S.A.W sendiri pernah bersabda "Pemudahkanlah jangan menyusahkan". Cuba kita singkap kembali perintah Allah kepada Nabi Muhammad serta para sahabat tentang perintah solat Tahajjud sebelum datangnya solat lima waktu. Allah melihat perkara itu menyusahkan nabi dan para sahabat kerana mereka mengerjakannya sehingga bengkak tapak kaki. Maka Allah menjadikan solat tahajjud sebagai sunat kerana untuk memudahkan.Maka ayat tersebut pun dimansukhkan hukumnya. Menyingkap kembali kata-kata Dax,"Takkan la bile dah masok Universiti, baru TERHEGEH2 nakbelajar English? Memang pemikiran yang cetek, masuk universiti hanya untuk belajar bahasa Inggeris. Tak salah untuk kita bertutur, menulis dan membaca dalam Bahasa Inggeris.Adakah kerjaan tidak menyediakan subjek BAHASA INGGERIS dalam P&P. Kenapa tidak bersungguh-sungguh saja dalam subjek BI? Kenapa hendak bersungguh-sugguh belajar BI dalam SUBJEK MATEMATIK dan SAINS??? Itu maknanya anda bersedia untuk menjawab persoalan sains dan matematik tetapi anda tidak bersedia dalam BAHASA INGGERIS itu sendiri!!! Saya tidak mahu berdebat panjang lebar. Sekadar renungan buat mereka bernama 'METIH' ( Melayu campur Orang Putih).. sudahlah anda 'Melayu' anda belajar bahasa 'Orang Putih' anda letih.. lebih baik 'Melayu' daripada 'Melayu' dan 'Meletih'.. Itu terserah pada anda sendiri menilai apakah kebaikan PPSMi dan keburukannya. Tapi apa yang nyata, keburukan mematahkan kebaikn. Ingat saja kebaikan arak yang mana keburukannya lagi besar. Firman Allah :" Jangan kamu mencampakkan diri kamu ke lembah kebinassaan".Andai Bahasa Inggeris menjadi belenggu dan menjadikan hati ramai pihak tidak tenteram, maka seharusnya dimansuhkan agar beban dosa pihak yang berkenaan, kurang.Maafkan saya jika menyinggung hati mana-mana pihak.

- Ikhlas dari bekas 'banduan penjara PPSMI'-


1 comment:

Anonymous said...

ASSALAMMUALAIKUM ,MINTA MAAF MUNGKIN BETUL BAHASA MELAYU TAK PATUT DI PINGGIRKAN MALAH PATUT MENJADI SEPERTI ORG JEPUN YANG SENTIASA MENJUNJUNG BAHASA IBUNNDA NAMUN DALAM MENGEJAR YG TELAH LEPAS STRATEGI BARU PATUT DISUSUN UNTUK MENGALAHKAN LAWAN KENALILAH IA TAK WAJAR MENYALAHKAN SATU PIHAK SAHAJA DARI BAIT MULUT BERKATA PENYELESAIAN DIHARAP HULUR BERSAMA. APA GUNA BERSENGKETA PADA TAMADUN YG LAMA HILANG CAHAYANYA JGN ASYIK TOLEH KE BELAKANG KITA BUKAN LAGI LINGGUA FRANCA BILA KATA MEMPELAJARI ILMU DALAM BAHASA ILMU ITULAH SEBAIKNYA.NAMUN TAK BERMAKNA BAHASA MELAYU TERUS DIPINGGIR SAYA CINTA BAHASA MELAYU NAMUN PPSMI MEMUDAHKAN SAYA MENERANGKAN KEMBALI PADA RAKAN YANG KURANG FAHAM DALAM KEDUA BAHASA.KENAPA MEMILIH ANDAI DAPAT DIGENGGAM BERSAMA.MINTA MAAF JIKA ADA TERSINGGUNG YE SEKADAR PENDAPAT YG TIDAK BERHARGA.A.SAMAD SAID MASIH PEJUANG NEGARA DI MATA PENA OK.SAYANGI BAHASA.BAHASA MENTAMADUNKAN BANGSA..-SESANTUBONG@YAHOO.COM