Lambakan artis segera?

Akademi Fantasia,OIAM,Mentor adalah merupakan beberapa nama yang tak asing lagi dalam dunia realiti tv. Boleh jadi rancangan seperti ni sudah sebati dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia sebagai pengisi masa lapang untuk berhibur.Namun lambakan rancangan realiti tv seperti ini lebih banyak menyumbang dalam gejala-gejala pemikiran kolot yang hanya mementingkan hiburan semata-mata boleh membawa rakyat Malaysia yang kebbanyakannya beragama Islam ke dalam satu dimensi yang dikenali sebagai Hedonisme. Hedonisme secara literalnya bermaksud sikap yang menyintai hiburan yang melebihi segala-galanya. Secara konseptual, Hedonisme merupakan suatu bayangan hiburan yang wujud sebagai fatamorgana untuk mengelirukan pemikiran seseorang dalam sesuatu aspek seperti ketetapan pegangan agama dan macam-macam lagi. Hal ini boleh mencetuskan kegoyahan iman dan paling menakutkan boleh membawa seseorang ke dalam lembah kebinasaan. Kembali ke pangkal tajuk, 'Lambakan Artis Segera',saya sengaja letakkan tajuk ini yang mana selalunya pasti ada ekor tajuk (cth: Lambakan Artis Segera : Antara Pro dan Kontra) kerana apa,kerana yang terlalu banyak kontra daripada pronya. Saya sempat tengok audition AF dekat Bukit Jalil,memang ramai yang datang dalam pelbagai keadaan dan rupa bentuk,dah macam kebangkitan dari kubur,kalau kebangkitan selepasa mati di mahsyar lagi teruk, manusia bangun ada yang dalam keadaan bogel, tak sempurna fizikal dan lain-lain, tapi rasanya audition AF tu lagi teruk kot,ada yang rambut warna dah macam badut,tindik sana sini,baju seksi tahap cipan,muka dah la tak cantik n tak hensem,prasan hensem plak tu,yang mak cik dan paksik dah tua-tua bangka pun ada hati nak masuk audition. Inilah 'open minded'nya rakyat Malaysia,sebab tu ada kes pasal kutuk isteri Rasulullah dan hina agama tu. Semua bermula daripada artis tu sendiri. Namun bukan itu yang ingin saya katakan, yang ingin saya utarakan disini ialah lambakan artis segera dalam kalangan remaja. Pernah kita dibesarkan dengan ungkapan 'Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara',berduyun-duyun orang dalam kalangan remaja pergi ujibakat nyanyian berbanding ujibakat AQ dan AN. Macam mana nak lahir ungkapan tak bley blah yg kat atas tu kalau yang lebih banyak hadir untuk acara bukan ilmiah berbanding acara ilmiah.Apa yang membimbangkan adalah kehancuran anak bangsa yang selama ini menjadi harapan besar buat negara. Bayangkan remaja yang merupakan aset negara hancur dan punah gara-gara ingin mengejar populariti sehingga lupa asal-usul mereka dalam agama dan bangsa.Siapa lagi yang kita ingin harapkan kecuali para beliawan dan beliawanis yang bakal menjadi pemimpin negara kita. Sekadar peringatan kepada pimpinan negara, bendunglah perkara ini secepat mungkin agar pemuda dan pemudi negara kita lebih memikirkan kejayaan mereka dimasa hadapan bukan memikirkan populariti.

No comments: