24:7 | Muak aku dengar penghinaan blogger Malaysia.

"Who do you think you are?
Runnin' round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?" 

-Christina Perri, Jar Of Hearts-



Assalamualaikum. Dah solat? Bagus. Baru la boleh baca entri aku yang sangat biasa-biasa ni. Tak glamer mcm entri kau. Pernah dengar group 24:7? Sebuah group penyanyi yang sedang famous tu. Baru setahun jagung dah famous. Bukan senang kan. Tapi yang sedihnya, diorang famous bukan sebab karya seni diorang, tapi oleh sebab kutukan dan hinaan. Dari siapa? Dari siapa lagi..dari rakyat negara mereka sendiri la, rakyat Malaysia. Hahaha.

SM dah lama dengar pasal 24:7 ni tapi agak terlambat dengar pasal Gula-gula. Nampak kan? Ni baru yang agak komersial, tak jumpa lagi yang indiependant punya. Mesti ramai la yang akan keluar sebagai group yang bertemakan K-pop. Semua ni sebab apa? Nak tanya sikit? Kenapa diorang ni nak sangat buat group bertemakan K-pop? Sebab sambutan hangat rakyat Malaysia terhadap K-Pop la. 

Tapi SM nak begitau korang yang entri SM ni bukan nak hina group-group K-Pop Malaysia Version ni bahkan tidak juga memuji mereka. Ramai blogger sedang meriah membuat entri tentang mereka ni. Semua entri yang SM baca adalah tentang "euww", "Oh Jesus Christ", " damn, what the fuck", "disgusting". Betul tak? Tak jumpa la lagi yang cakap, "Astaghfirullah, semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka".

Apa yang terjadi kepada blogger-blogger ni? Korang suke kan menghina orang lain? SM akui, SM pun banyak mengata orang tapi masih berpada-pada. SM akan mengata kalau SM sedar yang SM tak buat benda tu, contohnya Mak Cik Siti yang celaka kutuk Islam dalam FB. Memang harus la maki carut bagai. Tapi yang korang maki dan carot serta hina ni saudara korang sendiri. 

SM tertanya-tanya, rakyat Malaysia sudah hilang kreativiti ke? Sudah tidak pandai bertindak kritis ke? Korang dah tak ada cara or sudah tak pandai ke nak menasihat orang? SM bukannya sokong sangat pun dengan kewujudan group-group seperti ni, tapi SM kesian diorang dihina, dimaki, dicaci oleh rakyat negara mereka sendiri. Bayangkan kalau korang berada di tempat diorang, apa perasaan korang?

Kalau dulu, ramai band yang dituduh cuba untuk meniru orang putih, cuba nk menjadi kebaratan la, apa la. Tapi last sekali korang terima jugak kan? Itulah orang kita, suka SEPAK dari SUPPORT. Kalau tak suka, tak payah maki or caci, kalau suka cuba betulkan apa yang salah pada diorang. Dulu orang meluat tengok AF, sekarang, anda rancangan realiti TV yang berjaya. 

Kalau korang rasa tindakan group ni salah, betulkan, kalau diorang melanggar batas syara', banteras la. Jangan la develop skill menjadi mulut longkang terbaik. Puaka namanya tu kan? Satu soalan. Adakah kita cukup sempurna untuk menghina orang? Adakah kita cukup sempurna untuk mencaci orang? Adakah kita cukup sempurna untuk meletakkan diri kita lebih tinggi daripada seseorang oleh kerana terdapat kelemahan pada orang tu? Jawapan terletak pada diri sendiri.

SM dh tak larat baca entri-entri yang berunsurkan kejian dan cacian yang kebanyakannya memaparkan gambar-gambar group ni. Kalau dah benci, kalau dh meluat, kalau dah rasa diri tu cukup sempurna, tak perlu paparkan gambar diorang. Kalau korang cakap diorang tak tutup aurat, kenapa masih memaparkan poster seksi diorang? Fikir-fikirkanlah.

"WHO DO YOU THINK YOU ARE?"

Kita bukan sesiapa untuk menentukan seseorang itu menjadi sesiapa, kerana, kita adalah seseorang yang hanya boleh cuba untuk memandu seseorang itu untuk menjadi sesiapa yang berguna.

p/s: Ini peringatan untuk kita semua especially buat penulis sendiri.


16 comments:

Fahmi Mahat said...

generasi kita sekarang ini mengeluarkan lebihan armchair blogger yang lebih pantas mengkritik daripada berbuat sesuatu sebagai contoh pada orang lain.

cakap@kutuk, tapi bila ada di tempat yang boleh pilih untuk lakukan sesuatu, tak pulak berani buat.


tapi kamu, tak semudah itu sama seperti mereka.

so, kipidap, dan let's try to make a world a better place, for you and for me~ =)

yang suka cara kamu,
Fahmimahat

hawiz said...

hawiz xkutuk lgi..sbb hawiz pon minat gak lgu kpop..hihi

azrinrahim said...

ayie tak penah dgr pon pasal kumpulan nie..huhu nampak sgt yg ayie nie tak ikuti perkmbgn dunia muzik..lala

►AdamXis◄ said...

Assalam...bagus entri nie.kite perlu muhasabah diri kite dlu...tapi tuu laa...tgk mcm dah chain reaction.klo sorg kutuk semua kutuk...klo sorg puji semua puji...klo x publish entri sama, dikata x ikut trend...hu3.Still minda blogger tahap ke-3...sama gak muak bace dah...

Terbaru►100Penulis : Kalau saya seorang pengarah filem

cik yuz said...

alhamdulillah...memang sagat setuju...xperlu nak mengkritik dengan caci maki...kalau betul diorang tu salah, betulkan..tapi bukan dengan carutan....orang malaysia ni memang dilahirkan sebagai pengkritik...why not kritik kat saluran yang betul...

zikeryhassan said...

this is headshoot to those who walk to much. ahaha.

zikeryhassan said...

*talk

Nzyrahun said...

aku terasa haha
but nice bro
buat aku buka minda aku :)

tomato said...

betoll... senyap lagi baek kan..

ekceli baru gak tau pasal grup ni ..lambat sket .. hehe

Tuan Muda Naim II said...

buat penat je kutuk2 nih..cuba bg nasihat...habis air liur ngan lengah tangan je tulis entri kutuk2 nih

nini said...

=) biasalah...kadang2 kita lupa bila kita memalukan orang sebenarnya kita sebang memalukan diri kita sendiri...=D

Azri Fathurrahman said...

24:7 , gula-gula , emm .. aku tak pernah dengar pun sebelum ni , ni blog kedua yang ada cakap pasal grup ni . err .. =.='

Aisyah Aina said...

baru lepas kutuk group ni kat blog orang lain...MENYESAL (T_T)

shandye. said...

penulisan entri dalam blog ini sebenarnya semacam ada trend.

hari itu kecoh tentang perkahwinan uber-grand will & kate. selepas itu isu k-pop malaysia a.k.a. m-pop pulak. sekarang isu video osama laden.

yang ulas tu, mmg ulas betul-betul lah. yg sekadar mahu cekau trafik dan buru populariti terus saja lungsurkan entri baru berdasarkan apa yg blogger lain buat semata-mata dengan pengharapan bakal ramai yg akan singgah.

berapa sangatlah entri tentang video osama laden tu yg betul2 kupas isu ini sedalam-dalam dan seakuret mungkin?

setakat cakap shocking dan ragukan kesahihan autentiknya gambar itu, aku pun boleh keluarkan entri sedemikian rupa. sekurang-kurangnya kajilah dulu konten apa yang hendak dibicarakan. jangan sampai tangkap muat saja.

kan?

no_answer said...

aku sokong kau weyh !
terlalu nak marah sangat .
tak perlulah kan .
walaupun aku tak layan k-pop nie, tapi rase cm bengang gak lah kutuk orang melayu sendiri .
entah entah , kang dorang dah terkenal baru nak terhegeh hegeh support .memang damn lah kan .
cuba dorang buad group mcm tuh , tak rase terhinakah .
itu rezeki dorang kan jadi artis . nak buad mcm mana .

dulu indie lagi teruk kene , skang tgok ape cer? lagi hebad arh ! maen international dah (bunkface ).

supprt local act !

Faziera193 said...

kebanyakkan macam tu lah..
ambil isu sensitif macam tu untuk mendapatkan trafik..

lagi satu, memang cara diorang mengutuk tu agak kejam la.. kalau aku kat tempat group gula-gula pun, rasa terus nak tarik diri kot.. malu..

tapi apa2 pun, nasihat kena guna cara betul.. mulut lagi tajam dari pisau.. so, berhati2 lah.. =)