Nasib Lelaki | Wanita yang tidak layak dijadikan isteri.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera. "Buletin tengah malam nak mampos baru ada berita". Pulau Pinang, 1 Mei 2011, Hari Pekerja - Seorang wanita berusia 23 tahun telah menceraikan seorang lelaki yang berusia 23 tahun juga (secara tidak rasmi) selepas mengetahui bahawa ada seorang pegawai besar yang berkhidmat di Komtar syiok sama dia. Lelaki tersebut didapati mempunyai gaji yang besar dan dipercayai akan membuatkan hidup wanita tersebut bahagia buat selama-lamanya."

Sumber : Mama-saya-yang-cakap. com







Statement kt atas tu dh ok, tp yang kt bawah tu agak "Ayah Pin". 
*Gambar Hiasan Semata-mata*

Pagi tadi, masa tengah syok SM bersarapan, tiba-tiba mama memulakan conversation. 

Mama : Ni, hang tau dak, Kak L (bkn nama sebenar) dan tak kawan dah dengan F (bkn nama sebenar).

SM : Ya ka? Pasaipa? Depa dah break ka? Awatnya.. (Memulakan sesi mami jarum).

Mama : Sebab, Kak L la ni dok berkawan dengan sorang pegawai.

SM : WHAT? Bukan F yang minta break? *aku dh pelik*

Mama : Ha la, F tu kerja kilang, yang pegawai ni kerja kt Komtar, gaji besaq.

SM : Ya la, tapi takkan dia sanggup tinggai F semata2 duit? Kak L bukan jenis baik ka? Slalu semayang 5 waktu..awat dia..haish..x paham. Habih tu, mcm mana dgn F?

Mama : Tak tau la kt dia, F tu baik orangnya, Mak Ngah (ibu Kak L) sakit, dia mai tengok....walaupon dh putuih dengan Kak L. Mak Ngah ckp masa dia mai tgok Mak Ngah, mata dia bengkak...dia dok teriak la kot..

SM : Astaghfirullahalazim. Kesiannya hai ya Allah. Bukan apa, kalau break sebab F ni curang ka, x pa la...ni sebab ada org yg lebih byk duit suka kt dia...ya Allah. *sentap bagi pihak F*

Mama : Time dia mai tu kan, Kak L cakap kt F, " Pi la sambung blajaq lagi k, esok, bila dh jadi engineer, mai la kwn ngan i balik". 

SM: Perlu ka dia ckp mcm tu? Kalo cheq la, tarak nk mau dh aih kt orang macam tu.

Mama: Tu Kak L dok berangan, mak dia habaq, pegawai tu nama Megat, Kak L dh berangan, kalo dia dapat anak, dia nk letak nama anak dia Puteri.

SM: Macam CELAKA.

Macam tu la conversation kami. Kalah Riuh Pagi Era. Ok, mari start cerita yang lebih serius.

Apa pendapat korang? Especially lelaki yang berada di luar sana? Keji? Hina? Satu pujian dan sokongan? OK, ini pendapat SM sendiri. Wanita dicipta untuk membahagiakan lelaki dan lelaki pula dicipta untuk melindungi, memberi kasih sayang kepada wanita.  Masing-masing ada tanggungjawab sendiri. Tapi perlu ke rasa kasih sayang dan tanggungjawab tu dibandingkan dengan pangkat dan wang ringgit? Maybe sesetengah orang akan kata, "YES" dan akan kata "NO". Terpulang kepada individu.

Conversation diatas menerangkan tentang cerita jiran SM yang sudah memiliki teman lelaki yang bekerja di kilang manakala dia pula bekerja di pejabat kerajaan negeri di KOMTAR sebagai setiausaha. Namun, baru-baru ni, jiran SM yang bernama Kak L tu minta putus dgn F sebab ada orang lain yang berpangkat pegawai yang syok kt dia. Lalu dia tinggalkan F.

SM rasa, kalau SM berada di pihak F. SM akan redha. Biarlah dia pergi dengan kekasih baru dia tu. SM sedar, SM sapa, kerja kilang, duit tak dak, duduk kt KL, duit pakai banyak. SM memang tak mampu nk sara dia dengan alat2 mekap dia dan anak-anak nanti. Ye la, kalau dia berkawan dengan pegawai tu, dia akan hidup bahagia, tak hidup susah and boleh la anak cucu bahagia.

Tapi malangnya, SM bukan jenis orang macam tu. SM sseorang lelaki yang aggresif, tegas, tulus dan sentiasa nak benda nampak suci dan mulia. Sangat DEWA kan? Bagi SM, nk bercinta tu biar ikhlas, kalau hati tak ikhlas, tak payah dok bercinta, dosa kering pon tak dapat. SM kecewa dgn perangai jiran SM tu. SANGGUP dia melukakan perasaan seorang lelaki yang tulus mencintai dia kerana seseorang yang berpangkat pegawai yang bergaji besar minat kt dia. 


Apa yang menyakitkan hati SM bila dia cakap dekat F yang datang rumah dia untuk menjenguk mak Kak L yang sakit, supaya F  perlu sambung belajar, bila dh jadi Engineer baru datang balik. Ape ke BODOH nye statement kau. Kau ingat laki tu bodoh sangat ke nak amik kau jadi bini dia? Tapi tak tau la kalau laki tu memang bodoh. SM terasa hati sebenarnya. SM ni lelaki. SM faham sangat perasaan lelaki. 

Wanita Yang Tak Layak Dijadikan Isteri

"Wanita, hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah"

Propa sangat lagu kt atas. Dalam propa2 pon, lagu tu adalah 100%  benar. Tulus dan ikhlas. Sejuk hati dengar lagu tu. Tapi panas je hati SM dengar pasal jiran SM ni. Nak buat macam mana kan F, dh ko tak de jodoh dengan dia. Redha je la. Ada berjuta lagi perempuan yang baik dan ikhlas nk jadikan kau suami dia contohnya mcm wanita yang tengah membaca ni. 

Kalau nk disenaraikan jenis-jenis wanita macam ni, memang banyak tapi SM nak pilih yang satu je.

"Perempuan yang mencintai seorang lelaki bukan kerana Allah dan bukan kerana hubungan kasih sayang antara mereka, tetapi kerana lelaki itu berduit".

Ada ke perempuan macam ni? Ada la. Especially dalam filem dan drama Melayu. SM tak jangka yang perkara ni realiti dan bukan dongeng semata-mata. Rupa-rupanya ia adalah realiti yang tidak diduga. Kepada wanita sebegini, berubahlah dan jangan kejar harta semata-mata sebab SM ada pengajaran disebalik perangai buruk ni. 

KISAH 1 : Wanita yang mengejar harta semata-mata.

  • SM ada seorang sepupu perempuan yang sudah berkahwin dengan 2 orang lelaki. Dia tinggalkan suami pertama kerana diceraikan. Oleh sebab curang terhadap suami pertama yang hanya kerja biasa2. Suami kedua adalah orang kaya. Gangster jugak la. Gemok dan kurang ajar dengan orang-orang tua. Dia pegang kelab-kelab di Bukit Bintang, KL. Tapi status perkahwinannya diragui. Si suami sudah melafazkan talak tiga namun mereka masih bersama. Dia selalu dimaki hamun suaminya. Dihina dan dicaci. Yang paling geli. Hal rumah tangga sampai ke Facebook. Apa cerita? Sehingga kini, dia hidup dalam keadaan tidak tentu arah. Serabut aku tengok.
KISAH 2 : Wanita yang tulus mencintai.

  • Bukan nk market ke apa. Ini kisah kakak SM. Bukan la nak kata kami ni baik, tapi ini sebagai pedoman. Kakak SM kerja sebagai Setiausaha dekat Giant. Suami dia pula bekerja di kilang. Biasa la, keje kilang, gaji tak la besar. Tapi perkahwinan diorang, Alhamdulillah, boleh bahagia sampai sekarang. Mula berkahwin pada 2008, diorang dikurniakan 2 orang cahaya mata yang comel. Walaupun kadang-kadang dihimpit masalah kewangan, abang ipar SM sentiasa cari jalan keluar. Sekarang dia jual insuran, Alhamdulillah, masuk juga income free tiap-tiap bulan. Sebab apa? Sebab bercinta tanpa menjadikan wang sebagai alasan untuk hidup bahagia. Wang boleh dicari tetapi keikhlasan dan kebahagiaan perlu dibina atas nama cinta dan kasih sayang.
Kalau SM nak cari isteri, kena la yang ikhlas menyayangi. Biar hidup kesempitan wang, asalkan bahagia, kerana rezeki kita Allah yang tentukan, jangan la pulak sebab Tuhan dan tentukan rezeki, kita malas nk usaha. Memang tak dapat la. Lelaki pula jangan hanya mengharapkan pendapatan tetap saja. Dunia sekarang dah lain. Susu, pampers dll dh mahal. Kena la usaha lebih sikit nk bahagiakan keluarga.



p/s : Hidup ini ibarat RODA MOTOR GT128, kadang2 kita diatas, kadang-kadang dibawah. Jangan tidak terlalu percayakan hukum Karma kerana WHAT GOES AROUND COMES AROUND. Bayangkan kalau anak lu ditinggalkan awek sebab kejar laki kaya. Dia menangis and nk bunuh diri. Apa lu rasa? Lu langsi, Lu mati. Sorry la kalau ada orang tak setuju, ini pendapat SM saje. :D 



On Behalf Of:
Man In This World.







21 comments:

kim heeruul said...

sentap aku..

takut terjadi kat aku..

hope bende2 mcm ni jgn la jd kat aku..

Aisyah Aina said...

SM dan Mama yang kaki gosip...haha....kesian kat lelaki tu dapat isteri mata duitan :D

naqiah said...

alhamdulillah.. hindar dr gejalan cm ni.. amin

r-5 said...

aku po sentap gak klu macam ni! haih~ wang tak boleh beli keikhlasan hati dan kasih sayang tidak mampu di nilai dengan wang pangkat dan harta benda yang bersifat sementara, tapi wang perlu hnya sebagai satu faktor untuk membina kehidupan bukan untuk dinilai dengan kasih sayang. pikior la! aduss sian abg F~ :'(

Aku-Amin-Ahmad said...

Bro...itu lar pasal...perempuan yang terlalu memikirkan harta benda x akan dirahmati hubungannya oleh Allah...apabila perempuan tu memikirkan agama dalam hubungannya....bahagia lar hidupanya....hehe....juz my opinion

momoi mee said...

owh..mmg ade pon gurl yg lagu tuh...hm..insaf jap..

zikeryhassan said...

aiyok Kak L. kalau pegawai tu syok kat hg belom tentu dia nak kawen ngan hg. (tetiba emo jap)


nanti SM kawen sila jemput k :P

saRn waRa said...

setuju3! mmg de je pmpuan cmni.. de kwn mmbe aku 2 lg la.. nk nikah lg bper mggu je.. dan2 ptus sbb de llaki len yg keja krajaan yg ley sara girl 2... da perabih duit tuk sdiakn cncin, mjlis kawen tup2 putus cm2 ja... sdey kn? hope aku tak cm2 ler... huhu

aqmalazmi said...

sungguh laa kak L TUW... adoiii...
p ;a smbong blajaq..nanti dah jadi enginer baru mai nak..
*oket kita bako kita bako

Fina Fento said...

Tinggalkan kekasihnya hanya kerana duit? Tengok lah nanti..

Kejadian biadap di stesen minyak

Rahimah Hedlund Sazali said...

wah3...over tau kak L...how dare youuu!ekceli kan kalau ckp psl prempuan and material,mmg tak dpt dipisahkan..mane2 perempuan pun..TAPI..haa ade tapinye..kalau yg jenis mcm kak L ni mmg tak patut sgt2 la kan..yg over carik yg berharta je pun tak gune jugak..

perempuan dgn material xdpt dipisahkan sbb diorg ni jenis yg berfikir pnjg dan jauh..fikir nnt dah kahwen nak anak dpt ckp ape sume..sume tu nak duit betul tak?tp bknla dgn cara yg berlebih2an..smpi tahap pisau cukur..uish tak patut..heheh..nice story btw..

dayanaazhar:) said...

emm, kesian kat F. tapi tu dijadikan sebagai pengajaran la...and ada hikmahnya tu, Allah maha adil lagi maha mengetahui. Ada wanita lebih baik utk F. ^^

♥sophie♥ said...

sophie bace dr atas smpai bawah..
sgt kejam perempuan tu..
sampai hati dia buat mcm tu..
tp kite yg melihat bole jdikan pengajaran,bole pikir mane baik mane buruk hurm, harta bukan boleh bwk mati.. lg pon tak tentu lagy dia bahagia dengan pegawai yg kaya duit tu, lebih baik kaya akhlak mulia dan agama. terjamin akhirat ! dunia semestynya kan :)

nemo~ said...

siyesly... nda moejadi macam 'kak L' tu... mintak d jauh kan dari dugaan macam tu...

kalau da taw suka lelaki yang kaya, napa dya p maen cintun gak ngan pkerja kilang tu? awat x carik jeee anak datuk terus?

ish3...
x sampai la nak melukakan hati orang sampai cam tu skali...

sakit weyh...

lau lelaki kaya tu tinggalkn dya,,, baru dya taw langit tu tinggi ker rendah...

(emo nieyh..bab pmpoan cam tu memalukan kaum hawa jeee...)

mOoN said...

saya tahu siapa mereka....hehehe..tp kesian dkt si F

ZWAN SABRI said...

for my opinion, this situation is very good towards F because it can motivate F to improve his life. Apa2 pown, jodoh dah ditentukan oleh Allah.. Maybe bukan jodoh L ngan F.. So, what can we do? HUHU

mia.lia said...

ark kurang ajarnye.. hehe..
cinta kan org biarlah ikhlas ;D
tp hrp f jdi kn ni sbgi cbran tok jdi lbih baik

Shairazi Saidin said...

@kim: insyaalah x.

Piah Becok said...

" Pi la sambung blajaq lagi k, esok, bila dh jadi engineer, mai la kwn ngan i balik"


perlu ke cakap camtu kat orang? tak baik tau. da putus, berkawan je la. tak perlu la nak sakitkan lagi hati tu. kot ye pun nak nasihat suh die perbaiki taraf kewangan dan hidup, ayat tu kasi cantek la sikit. hadoiiii



terbaru: KONDOM ITU BUKAN UNTUK DIMAKAN

tiha said...

sgt setuju..tapi,kdg2 anak2 tak kisah,tapi org tua kisah if kite kawan dgn lelaki yang agak 'low profile' ni kann..

so how how? kite nak rejek dat guy kesian..tapi,kite nak mlwan ckp parents pon tak bley gakk :(

k e y r i said...

setuju..

"lu langsi lu mati!"

hahahahahhaha guling2 aku atas katil ni.. adoii... hahahaha