MAMA YANG BERANAKKAN AKU, BUKAN AKU YANG BERANAKKAN MAMA.

Bismillah. 19 Jun, iaitu semalam, baru je tadi 19 Jun. Sebelum terus membaca, tolong cakap, "Terima Kasih Kalsum Binti Jahaya sebab bersusah payah meneran keluar janin dari rahim untuk memberi Shairazi Saidin sebuah kehidupan". TERIMA KASIH.

Happy Birthday SM. Sama-sama. Ramai wish SM dekat Facebook. Banyak jugak komen-komen yang rajin, biasa2 dan malas. OK la tu. Bersyukur sangat. Penat betul membalas mesej-mesej tersebut. Sampai terketaq-ketaq jari kaki membalas komen-komen anda. Ini baru boleh buat kawan. Hargai kawan walaupun kenal dekat Facebook je.

SM ingat lagi. Cikgu SM cakap, "Bila tiba Birthday kita, jangan la gedik-gedik mintak dekat mak @ ayah hadiah hari jadi..suruh buat parti hari jadi dan suruh diorang ucap HAPPY BIRTHDAY...kita tak perasan, kalau tiada ibu, maka tiadalah HAPPY BIRTHDAY."..Cikgu cakap lagi, bila tiba birthday kamu, pergi dekat mama dan cakap, "TERIMA KASIH MAMA SEBAB MELAHIRKAN SAYA". Sangat rare.

Apa-apa pun, terima kasih buat keluarga tercinta yang banyak menghabiskan duit membeli hadiah, beli kek dan belanja makan steamboat. Apa yang penting momen-momen semasa bergambar di Bukit Belacan. Bukan senang satu family nak berkumpul dan bergila-gila. Oleh itu, jangan la terlalu meluangkan masa dengan kawan-kawan. Jangan anggap kawan-kawan adalah ruang untuk melarikan diri dari keluarga sebab macam mana pun, kawan-kawan hanya akan bersama waktu gembira dan bertuahlah mereka yang kawan sentiasa berada pada waktu duka.


Dengar kata, kat setiap outlet Adidas hanya satu je Adidas Seoul ni dijual. 
So, outlet The Curve dh habis la sebab abg aku dh rembat...pergh!
Asia habis! Steamboat bagai nak rak.


Kek paling sedap pernah SM makan. Tak terlalu manis dan berkrim.
From The Bakery's Cottage. Terbaik!

\

Rambut baru, azam baru. Mama kurang suka dengan rambut ni,
mengembalikan zaman kegemilangan abang katanye. :D


Apa yang penting, penghargaan dan cinta dari diorang yang membuatkan aku terus bangun dan ingin maju. Susah untuk ucap Terima Kasih buat mama sebab walau aku terus jelajah sampai penghujung dunia, secebis jasa mama tak dapat aku balas kecuali doa anak soleh. Buat abah yang sedang bersemadi di permakaman, semoga cahaya dari ibadahku dapat menerangi kegelapan Barzakh dan menghindarkan binatang-binatang tanah mengganggu ketenangan abah. Semoga malaikat menjadi peneman kala abah kesunyian. 

SELAMAT HARI BAPA.






2 comments:

YaniLatip said...

tersentuh la pla baca part 'ayah' tu.... :'(...
takziah....
bTw,,, mAbua.
hahahaha~ :)

Syafie Abdullah said...

Kisah yg menarik ok dah follow

http://orderbookonline.blogspot.com/2011/06/deraan-psikologi-ahli-neraka.html