Showing posts with label Jalan-jalan sambil belajar.. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan sambil belajar.. Show all posts

PANAH TEPAT KE DADAMU | Pergi Memanah Ala-ala Merlin

Korang pernah try sukan memanah? Tak pernah ke? Rugi tau kalo korang tak try. Bukan nak kata sukan memanah best sangat, terbukti bowling lagi best..tp archery/memanah lagi rasa tenang la dari bowling. Den pon x tau kenapa dan mengapa. SM dah try. My komen? BEST. Dapat release tension la. Minggu lepas SM pegi Sunway Pyramid dgn 2 org kwn SM, diorang ajak archery. SM pon rasa cambest je, try la kan. Dapat free 3 arrows lagi tau. HEHE.So, kami amik package 1-3 person. RM36.00. Murah kan. Kalau kongsi2, sorang kena bayar RM12.00. Ada 50 arrows and percuma 18 arrows tmbh free 3 arrows untuk setiap orang. :) 

Kalau kaya, boleh la main banyak2.

Pilih la pakej korang

Kawasan memanah

Abang Merlin

Finger tab. Bau lembu kuat doh. Kulit ori ni.

Muka semangat nk memanah.


Boboy in his style
Shamim sedang dipakaikan hand protector

Abang Merlin in action!

Abang Merlin x jadi shoot filem

Abang Merlin sedang bergaya lagi!

Penjahat yang suka memanah lembu org lain

Penjahat yang tidak fokus dalam panahan

Abang Merlin in action! TRICEP kental doee... ;p

Hebat bebenor. Tapi sorang pon x de yang dapat panah tengah2. Wakakaka. Anyway, untuk makluman korang, sukan memanah adalah sunnah Rasulullah. Hahaha. So, tunggu apa lagi, berhibur sambil mendapat pahala....!!!Renung2kan dan selamat beramal..*tetibe! 


Korang nk panah tepat ke dada siapa ni? Ishk...SM x nk panah siapa2 dah la. 
Sudah insaf!!! :D Tapi kalau korang nk try SM, i rela....

Thanks sbb baca, bye2! Muah!


Planet Bidong The Movie: Part 1.

Hello, slmt malam semua anak2 dan bapak2 serta tidak lupa yang melahirkan, mak2 alien di Planet Marikh. Fuhh. SM rasa mcm dah setahun SM tak berblogging. Baru je 3 hari meninggalkan Marikh dah resah gelisah. Anyway, lawatan sambil belajar atau camping yang SM pergi dekat Planet Bidong adalah suatu pengalaman yang tidak bisa dilupakan (mampo ada bhsa Indon??!) SM rasa, antara banyak program yang SM join dengan manusia di Bumi, inilah aktiviti yang paling menarik sekali sebab ada banyak xtvt yang SM suka. Anyway, biar SM cerita perjalan SM dari Marikh. Kami bertolak dari Marikh dalam jam 3.30 petang (waktu Marikh) ke UMT, Kuala Terengganu yang mengambil masa selama 8 jam. Kami sampai dalam pukul 11 malam mcm tu la. Seriously, UMT memang cantik. Beruntung la sape yg study kt sana. Pelajar dah la sikit, kawasan besar, kemudahan pulak banyak. Tak mcm universitas2 dekat Marikh. Almaklumlah, kawasan berkawah dan berbatu. Sempit pulak tu.


*Kan SM dah ghoyak, meme penat weyh (Alien ckp Ganu)

Keeseokan harinya, kami mendaftar di UMT sebelum bertolak ke Marang. Apa yang best, SM dan rakan2 dari Marikh berjumpa dengan sahabat-sahabat dari UPSI, UNiSZA dan UMP yang join BAKSIS masa dekat UPSI dulu. Waah, rindu diorang sesagat. First2 jumpa Hakim Md Noor then jumpa McD dan Jue. Excited giler McD cerita dia suke baca blog SM. Silent Reader tau. SM memang suka silent reader. Tp kalo rajin, komen2 lah ye. :D Kami pun berkumpul dan bertolak ke Jeti Marang. Kt situ korang boleh jugak pergi ke Pulau Redang. Ke Pulau Bidong pon bole.


*Teruna dan dara. Meletop!

Kami pun menaiki bot UMT ke P. Bidong. Wah, excited giler time tuh. Rasa mcm x percaya yang SM nk gi Pulau Bidong. Sebab tmpt tu bukannye tempat peranginan, plus, tempat dia private and ada banyak coral yang cantik2. So tmpt tu x la tercemar sangat mcm Pangkor Island. :)


Dari kiri: Jah, Embun, Seman, Leha, Wok, Rosman, Kiah dan berspek itu Che Mat.
Glamer tau anak2 nelayan ni.

Perjalanan kami dari Jeti Merang ke P. Bidong mengambil masa selama 30 minit lebih mcm tu la. Sebab bot yang kami naik tu agak laju compare to bot kecil yang orang lain naik. Diva mcm kitorang ni memang kena naik bot berkuasa kuda laut. Mampu la untuk divas2. Sedang asyik bergambor, tetiba datang sorang bapak diva yang main juta2 je. Beliau menceritakan keindahan P. Bidong dan betapa majunya UMT dalam bidang marine. We ols dengar dgn penuh tekun dan tukun sambil mencarut2 dalam hati. HAHA. Uols x mampoo beli bot RM14 juta tau. Kitorang je mampoo.


*Cik Leha sedang mengayat pok cik yang ada bot RM14 juta katanyer. Dah mcm Fazura dalam cite Pisau Cukur dah ha! PANASZZ!

Wah! Serious korang. P. Bidong sememangnya pulau yang paling cantik pernah SM bertandang. Rasa mcm nk baring2 dekat sebelah pantai tu sambil pakai sepender je. Tapi SM x mampuu berbuat sedemikian disebabkan oleh batasan syariah. SM belajar agama tau dekat Marikh. Ko ada? Tak ada senyap! :D Air lautnye berwarna biru, jernih sampai boleh nampak coral yang cantik2. Pasirnye boleh jilat2. Boleh goreng tau. SM asyik menanam kaki je dalam pasir tuh. Sejuk dan nyaman. Lepas tu kitorang main plak buai ala2 Tarzan gittuh. Nyaman je kena angin pantai. Rindunyer saat2 tuh........

*For your information, buai ni boleh sampai ke cucur atap! BEST tau.

*Itu barang kepunyaan SM. Nice kan sliper tuh! SM beli dekat MidValley sebelah Bowling. Jenama iPanama. Harga dia RM44.90. Discount 20%. Glasses tu RM 10 je. :D

*SM gedik sedikit apabila diapit 2 orang awek dari UPSI. Yang pakai baju hitam tu la McD. Dia suke sangat baca blog SM katanyer. Yang baju biru tu Jue Majid. Dia ckp pic dia x cantik. SM cakap, lagi cantik dr makhluk asing kt Marikh tau! :)

Banyak jugak aktiviti pada hari pertama. Of course la first2 Ice Breaking. Apa yang best ice breaking kali ni ialah, SM dapat jumpe sorang peserta yang tarikh lahir dia sama dengan SM. 19 June 1990. Wow, hebat....! Then kitorang wat plak LDK yg seterusnya iaitu Pokok Komuniti. Boring tau kawan2. SM rasa tu la kelemahan diorang kot sebab dalam borang feedback, SM memang kutuk la pokok komuniti sebab mengantok je tau. Anyway, semua benda dalam first day tu sangat menarik! Nanti SM ceritakan hari yang seterusnya pulak okayy! :D Muah muah!






PLANET BIDONG. Pernah dengar ke?

Penat la hari ni sehari. Berjalan-jalan melawat saudara-mara di Planat Zurikh dan Pluto. (Jauh perjalanan luas pemandangan). Kau ada? HAHAHA. Ok, esok SM x dapat lagi nk post entry. X leh berblogging selama 3 hari. :((( SOdih jang. SM kena hadiri aktiviti yang dianjurkan oleh Sekretariat Rukun Negara Marikh UMT (Universiti Malaysia Terengganu). Terpaksa la SM turun ke Bumi bagi memeriahkan aktiviti ni. Uol pernah tengok tak Planet Bidong? Takkan tak pernah kiot? Uol kan orang Bumi.....OK la, x pe. Biar SM Google.



Mcm cartoon je.



Ni baru real...wahhh..cantiknye Malaysia! Sayang Malaysia.

Actually program ni dianjurkan UMT dibawah Sekretariat Rukun Negara UMT. Dekat Pulau ni ada Research Centre UMT. Cayalah. SM dah tengok tentatif. Sangat menarik. Semuanya berkaitan dengan SURVIVAL LAUT. Kan?? Best kan?? HEHEHE. SM x sabar nk buat Snorkeling. Mesti terkejut ikan Nemo tengok SM. Hehehe. Ok la, nnt SM upload pic yg cantik2 k. Bye semua. Muah...