Showing posts with label latest news. Show all posts
Showing posts with label latest news. Show all posts

PANAS | Saman bergambar bermula 1 Mei.



 

*alamak, mcm kenal je CCTV ni!!

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia akan menghantar notis saman berserta gambar mana-mana kenderaan yang didapati melanggar undang-undang jalan raya di kawasan yang mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mulai 1 Mei ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menggunakan kaedah itu bagi mengemas kini cara saman dikeluarkan supaya lebih tepat dan berkesan.
"Kalau ada yang dakwa itu bukan kenderaan mereka (walaupun selepas notis saman berserta gambar dihantar), sila kemukakan bukti di mana-mana kaunter trafik," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini semalam.
Menurut beliau, kaedah itu akan diguna pakai bagi semua kesalahan termasuk memandu melebihi had laju, tidak memakai tali pinggang keledar, membuat pusingan di kawasan yang tidak dibenarkan dan sebagainya.
"Kaedah itu digunakan sebagai bahan bukti bagi menunjukkan seseorang itu telah melanggar undang-undang jalan raya," kata beliau.
Khalid memberitahu, bagi kawasan yang tidak mempunyai CCTV, saman akan tetap dikeluarkan secara normal oleh anggota dan pegawai trafik.

p/s: Alamak, ini bukan berita baik. SM selalu buat "u-turn" dekat Jalan Bangsar dpan Masjid Saidina Abu Bakar. Ye la, nk short cut kan, dah la jauh. Kt tmpt u-turn tu plak ada CCTV, sebijik mcm dlm gmbr. Terpaksa la ikut jauh lepas ni supaya PAPARAZZI berpangkat Koperal/Sarjan/Amah tak tangkap gambar gua yg menonggek sambil bawak moto.

MELETOP BAH | 77 Juta pengguna Sony PlayStation di hack.



Sejumlah tiga juta pemain permainan video yang menjadi mangsa penggodam melibatkan rangkaian permainan Sony PlayStation di Britain digesa agar membatalkan kad kredit mereka, lapor sebuah akhbar semalam.
Nasihat itu diberikan selepas Sony berdepan kemarahan 77 juta pengguna Sony PlayStation di seluruh dunia yang kini berisiko menjadi mangsa kumpulan penipu yang mencuri nama, maklumat, data bank serta kata laluan mereka.
"Ia merupakan antara kes menggodam data yang terbesar pernah direkodkan. Jika kad kredit saya hilang semasa saya menaiki teksi, saya akan membatalkannya. Namun, ia lebih teruk jika Sony menghilangkan maklumat kredit kad anda," kata seorang pakar keselamatan komputer, Graham Cluley.
"Pencerobohan internet ini bukan sahaja menjatuhkan imej Sony tetapi turut mendatangkan bahaya kepada para penggunanya," tambah pakar berkenaan.
Para pemain berang kerana Sony hanya mendedahkan perkara itu pada Selasa lepas iaitu seminggu selepas akses dalam talian melibatkan Rangkaian PlayStation digantung.
"Anda (Sony) menunggu hingga seminggu untuk memberitahu kami bahawa data peribadi kami telah digodam," kata seorang pengguna Rangkaian PlayStation.
Mengulas mengenai ketidakpuasan hati pengguna, Sony bagaimanapun menyatakan, ia lambat mendedahkan perkara tersebut kerana pada awalnya tidak menyedari bahawa pencerobohan maklumat itu berlaku pada skala besar.
Dalam perkembangan terkini, Sony memberitahu, ia telah menukarkan maklumat peribadi yang dicuri penggodam ke dalam bentuk kod rahsia sekali gus mengurangkan risiko maklumat tersebut digunakan untuk tujuan jenayah.
Ia turut menyatakan bahawa tidak ada bukti bahawa data maklumat kad kredit tersebut sudah dicuri.
Menurut Sony, data kad kredit itu telah diasingkan daripada maklumat yang terdapat dalam kad berkenaan.
- Agensi

p/s: Perghh...SONY pon kena hack. Apatah lagi laptop aku yang cabok ni. *Sape la nk hack aku, x de kerja. Wakakaka. Btw, 77 juta orang kot kena hack...mampossss! Pening kepala SONY nak menyetelkan masalah permasalahan ini. Nasib baik tak de nafsu nak beli PS3. Kalau tidak, aku pun tumpang sekaki, mangsa ke 77, 000, 001. :D

HOT | Lady Gaga jatuh ditimpa piano. Reputasi Lady Gaga menjunam.

"Just Dance, gonna be okay, da di du du...Just dance, spin that record babe, da di du du"

Ini entri serius. Jangan gelak lebey2. Nanti tak pasal-pasal kena halau dari Marikh. Pastu kena cakap kasar-kasar dan SM nanti akan bajet 'berkuasa' di planet sendiri. OK, sudah merapu, siapa makan santan dia terasa ladanya (cilok ayat SANTAN BERLADA) boley?!

Ini kisah Lady Gaga. Entri ni khas untuk Lady Gaga sebab SM peminat 'besar kecik besar kecik' Lady Gaga. Dari awal dia datang dengan lagu (alamak! Lupe)..errr...Alejandro ke...ha, JUST DANCE, perghh...terus jatuh hati, SM hafal tau time lirik Colby O' Donnis tuh..jgn maen2...ok fine, SM download album Lady Gaga. Kesah ke Normah? Tak kan? Halal ok, download secara halal di Isohunt. 

Tapi sejak kebelakangan ni, Lady Gaga kerap sangat jatuh. Risau SM dengan perkembangan beliau. Bukan apa, orang kata, perempuan tak elok kalau jatuh kerap-kerap. Nanti timbul banyak masalah di hari tua. Antaranya ialah sakit pinggang, sakit lutut, sakit sendi, senggugut...ha? Ada ke senggugut....ok la, apa2 penyakit yang selalu melanda generasi kertu.

Tapi lagu terbaru Lady Gaga yang bertajuk 'Judas' tu memang sedap la. SM kurang berkenan dengan liriknya sebab agak kontroversi. Takut plak hancur akidah I. Melody lagu tu sangat sedap. Ala2 HOusemusic + Classic +Jazz. Betol ke? Lantak la. 

Betul la, LADY GAGA JATUH! Percaya la ckp saya! :)



Biase la...orang cakap, standard la kan malu atas pentas..mcm Jac yang tersungkur tu..

TAPI YANG NI KES LAIN, SAKIT KOTT!!!


Pergh, "SUDAH JATUH DITIMPA PIANO".
Sumpah kesian. 
Wakakakaka.
Asal korang gelak, x baek doeee....


p/s: BUDI BAHASA BUDAYA KITA. Tegor menegor amalan mulia tapi mestilah berhikmah. Jangan anggap kita sudah besar kita boleh tindas orang lain. Berblogginglah secara sihat even banyak title entry blue2 belaka. wakakakaka. Gua tetap support lu olang yang support olang2 yang perlukan supportan. *Ayat cilakok. Maaf.



LATEST PICTURE ON JAPAN EARTHQUAKE AND TSUNAMI, FRIDAY, MARCH 11, 2011.

LATEST PICTURE OF THE JAPAN EARTHQUAKE AND TSUNAMI! THIS PICTURES HAVE BEEN TAKEN FROM AL-JAZEERA LIVE BY PRINTSCREEN. THE EARTHQUAKE THAT STRUCK JAPAN TODAY, FRIDAY 11 MARCH 2011 ON 8.8 MAGNITUDE HAD ALSO STRUCK A TSUNAMI THAT KILLED AT LEAST 8 PEOPLE UNTIL THIS MOMENT.