Showing posts with label pendapat. revolusi minda.. Show all posts
Showing posts with label pendapat. revolusi minda.. Show all posts

Ambil kesempatan! Mcm meraba la...

"Hidup bersendikan adat, adat bersendikan hukum, hukum bersendikan syarak"

SM baru sedar yang SM ni seorang ahli akademik. Selama ni SM ingat SM ni seorang budak bodoh yang tak dapat tawaran IPTA. Rupa-rupanya SM lagi berakal dari pelajar yang belajar di IPTA. Bangga diri nampak? Haha. Bangga la sikit lepas baca blog sorang budak IPTA ni. Haish. Sangat racist statement aku.

Bukan nak bangga diri sebenarnya. Kalau ikut logik akal memang tak logik la. Memang menulis bersendikan nafsu. SM pun selalu jugak buat benda alah ni tapi sekarang dah pandai solat sunat Taubat kot. HAHA. Ini kisah pasal manusia yang pandai mencari kesalahan orang lain lantaran itu mengambil juga kesempatan atas kelemahan orang lain. Macam meraba jugak la. Sedap buat tapi tak tahu akibat.

Memang sifat manusiakah atau skill mencari kesalahan orang lain itu di 'develop' sendiri. Susah nak menjawabnya punnn. Kena buat sedikit research dan latihan ilmiah la jawabnya. Korang mesti dh biasa dengar cerita pasal Gambit Saifullah kan? Lelaki yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan blogger-blogger yang gersang nak menjadi wartawan hiburan tapi tak kesampaian. Ataupun Blogger yang mencetuskan kontroversi terhadap lelaki ini? Itu pun kena buat research.

Sekali tengok MV si Gambit itu memang la menyanggah dengan kata-kata di atas. Bukan itu ke yang Hukum Kanun Melaka dah maktubkan? Sepatutnya menjadi rujukan kita kan? Kita punya adat dan kita punya agama. Jadi mana yang tak boleh tu jangan la berusaha sangat nak gapai. Kalau nak berjaya pun ada jalan dan cara yang OK untuk kita buat. Tengok Heliza, dia lagi berjaya kot dan sekarang ni pakaian Heliza Helmi dah pun mengikut syariat yang ditetapkan. OK tak? OK la tu siap dapat bukak company lagi. 

Tapi ini bukan post nak cerita pasal Gambit. Tapi post ni SM nak ceritakan sikap blogger yang mengambil kesempatan terhadap kelemahan orang lain. Sebagai contoh, cerita panas Gambit Saifullah diambil kesempatan menjadikan tajuk panas di blog. Untuk apa? Untuk menarik traffik supaya ribu-ribu orang datang blog diorang and klik iklan Nuffnang diorang. Berapa sangat korang dapat? Pernah ke korang dapat RM1000 gedebuk? Ntah-ntah dalam akaun Nuffnang sekarang dok ada tak sampai RM0.50. Tumpang kesian la.
Sudah la cakap benda-benda yang 'filthy', ditambah pula dengan kutukan dan caci maki lepas tu bangga dengan penulisannya yang kononnya mengharapkan Gambit baca dan sedar sedangkan dia tak tahu yang aku pula yang sedang mengutuk dia kat sini. Lepas tu berani pulak post link blog dia dekat Facebook Gambit. Kelakar la pulak kadang-kadang. Nasihat SM kepada mereka yang cuba menjadi wartawan Melodi, cuba post benda-benda yang lebih realistik, berprolifik tinggi serta mempunyai nilai tambah. Ni yang diceritanya pasal kesalahan orang lain dan bangga membuka keaiban orang. 

SM tau, korang yang baca ni tak terlibat dengan aktiviti tak bermaruah tu kan? HEHE. Semoga korang sentiasa dalam perlindungan Nya daripada menulis benda yang bukan-bukan. Salah dengan Allah boleh mintak ampun, salah dengan manusia? Boleh ke nk jumpa si Gambit tu mintak maaf? Dia dah mintak maaf dah....ko? Maybe ada yang tak setuju dengan statement SM tapi perlu ke kita memerangi saudara kita sendiri macam kita memerangi orang kafir? 

"Take a lonely route, think and meditate to embody value added"




Susah makan. Nak blogging pun tak boleh. Susah ke harga mahal?

Bismillah. Ini kisah anak remaja. Dalam usaha untuk mencari sedikit rezeki dalam menuntut ilmu Tuhan. 

 Jemput makan, itu pun kalau ada duit la..

Dah lama SM tak blogging, mesti la traffic jatuh. Tapi SM kisah apa, blogging SM bukan sekadar nak cari populariti tapi sekadar menaip dan tak buang masa melayan FB yang semakin hari dah macam nasi. Tiap-tiap hari makan, even jemu dok makan nasi tapi nak makan jugak.

SM bukan budak pandai, jadi tak terpilih la masuk IPTA. Terpaksa la masuk IPTS. Alhamdulillah, asalkan dapat jugak menuntut ilmu even kena bayar lebih sikit. Pelajar yang dapat IPTA sepatutnya bersyukur dengan apa yang diorang ada. Kalau la diorang terpaksa masuk IPTS sebab tak terpilih ke IPTA, SM yakin diorang tak mampu nak survive. 

Kadang-kadang jeles tengok student IPTA boleh shopping bagai nak rak. Kesian jugak tengok student IPTS yang kadang-kadang terpaksa mengikat perut untuk membayar yuran. Dapat PTPTN tapi tak cukup nak tampung kehidupan. Diorang jugak terpaksa mengikat nafsu nak shopping bagai. Kesiann........oleh itu, terpaksa la pelajar IPTS bekerja part-time untuk tampung kehidupan. Semua ini salah siapa? Entah la.

Semalam SM pergi beli makan tengahari dekat sebuah restoran yang selalu SM pergi. Terkejut sebab harga dah naik. Nasi lauk ayam + sayur dh RM5. Terasa sangat. Nak salahkan siapa? Siapa yang kurangkan subsidi? Siapa yang naikkan harga barang? Tak dak sape dah yang boleh bertanggungjawab selain pemimpin yang mengawal semua harga. Kepada kedai makan yang suka dan happy menaikkan harga barang tanpa harga yang munasabah, semoga mendapat hidayah dengan kegagalan dalam perniagaa, kepada peniaga yang masih waras dan tidak zalim dalam muamalat, semoga Allah memberkati anda selalu... =) *Dengan pelajar pun berkira...patutnya dengan pelajar murahkan harga, berkat hidup kau!

SM pernah dengar, kenapa mesti kerajaan kurangkan subsidi? Bukankah subsidi tu datang dari rakyat? Bukankah seharusnya kembali kepada rakyat? Buat apa nak simpan duit tu? Ohhhh..ye la. Nak buat kenduri kahwin anak secara besar-besaran kot. Nak tiru wedding Prince William dan Kate Middleton ke? Biar je rakyat susah, asalkan pemimpin nampak mewah. 

Hari ni ramai pelajar IPTS terpaksa buat catuan makanan. Kalau dulu belanja RM10 sehari, hari ni terpaksa kurangkan kepada RM 7-8 sehari. Bukan kedekut tapi kalau tak berjimat, duit tak de, nak korek mana? Orang atas sana boleh la bersuka ria habiskan duit. Minyak free, makan free, merisik anak kat Kazakhstan pun free. Bestnya dapat kehidupan macam tu kan? Suka hati menaik dan menurunkan subsidi dan harga barang tanpa mengira berjuta rakyat Malaysia yang masih dalam tahap kemiskinan. 

Bila la nak dapat pendidikan percuma ha? Susah sangat ke nk beri ilmu Allah secara free?

"Rotan adalah cara terbaik untuk mendidik anak, tukar pemerintahan cara terbaik untuk didik kerajaan".