INFO | CARA MENGESAN TELUR TIRUAN!

Kes TELUR TIRUAN yang diimport daripada CHINA semakin membarah. Dan dikhabarkan, telur ini sudah masuk ke pasaran Malaysia dan dikhabarkan juga bahawa terdapat sebuah pasar raya gergasi yang menjual telur ini. Oleh itu, kami di KICAP MANIS akan berkongsi dengan anda cara untuk mengenalpasti TELUR TIRUAN ini. Jangan lupa untuk kongsikan dengan orang ramai.


PANAS | Aidil Hanya Mampu Bayar RM20 Kepada Rita

Pada perbicaraan baru-baru ini, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak mengakui dia hanya mampu beri RM20 sehari bagi perbelanjaan makan dan minum berbanding jumlah RM50 seperti yang dituntut bekas isterinya, Rita RudainiHarian Metro melaporkan Mohamad Aidil berkata demikian di Mahkamah Tinggi Syariah, semalam, ketika disoal peguam Syarie mewakili Rita selaku plaintif, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain dalam perbicaraan kes tuntutan nafkah tertunggak dikemukakan pelakon terkenal itu.
Dia berkata, jumlah RM20 itu adalah RM10 untuk belanja makan dan minum bagi tengah hari serta selebihnya untuk makan malam. Ketika disoal Mohd Zaidi mengenai kos perbelanjaan sarapan, minum petang dan makan lewat malam dituntut bekas isterinya itu, Mohd Aidil (defendan) menjawab, dia jarang makan selain tengah hari dan malam.
“Peruntukan perbelanjaan makan dan minum bagi plaintif tidak melebihi RM1,000 sebulan, bukannya RM1,500 sebulan yang dituntut,” katanya. Dia juga tidak bersetuju dengan cadangan Mohd Zaidi bahawa peruntukan RM43 sebagai perbelanjaan makanan harian untuk bekas isterinya itu kerana ia di luar kemampuan dirinya.
Ketika menjawab soalan Mohd Zaidi mengenai bil, terutamanya bila langganan Astro dituntut Rita, Mohamad Aidil berkata Astro itu bukan wajib dan seseorang itu tidak akan mati jika tidak menontonnya.
Bagaimanapun, Mohamad Aidil mengakui dia tidak pernah menyuruh Rita membatalkan langganan bulanan Astro berkenaan.
Selain itu, Mohamad Aidil dalam keterangan afidavit bertulis memberitahu mahkamah dia ada mengajak Rita berpindah keluar ke rumah yang disediakan bekas majikannya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), namun plaintif enggan dengan alasan ia bukan rumah kelamin mereka.
Hakim Syarie, Mawardi Che Man kemudian menetapkan 14 September sebagai tarikh untuk sambung semula perbicaraan kes.

PANAS | Nama Negeri Perlis Indera Kayangan Bertukar!

Kita mengenali Perlis sebagai sebuah negeri yang terkenal dengan keenakan buah mangga Harumanis. Namun, Perlis baru-baru ini dikejutkan dengan titah bahawa Perlis Indera Kayangan tidak akan dipanggil Perlis Indera Kayangan lagi. Namun Baginda Raja Perlis Bertitah Nama Perlis Tidak Ditambah 'Indera Kayangan'


KANGAR, 25 Mei (Bernama) -- Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menitahkan nama Perlis tidak ditambah 'Indera Kayangan' atau 'Darul' sebaliknya hanya 'Perlis' seperti termaktub dalam undang-undang tubuh negeri.
Baginda bertitah undang-undang tubuh tersebut ditandatangani oleh ayahanda baginda, Almarhum Tuanku Syed Putra Syed Hassan Jamalullail hanya dengan nama Perlis tanpa ada sebarang tambahan.
"Oleh itu saya harap biarlah nama tersebut dikekalkan dengan nama Perlis tanpa ditambah Indera Kayangan yang mempunyai kaitan dengan dewa-dewa atau apa-apa Darul," titah baginda.
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah demikian semasa merasmikan Muzium Kota Kayang dan Jamuan Teh Rakyat bersempena sambutan keputeraan ke-72 baginda di muzium itu di sini hari ini.
Berangkat sama ke majlis itu Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Menurut baginda nama Perlis pernah dibincang dalam mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) semasa baginda menjadi Yang Dipertua majlis berkenaan pada tahun 80-an.
"Keputusan mesyuarat itu dipersembahkan kepada ayahanda saya dan baginda juga mahu nama Perlis tidak dibuat sebarang tambahan," titah Tuanku Syed Sirajuddin.