PANAS | Saman bergambar bermula 1 Mei.



 

*alamak, mcm kenal je CCTV ni!!

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia akan menghantar notis saman berserta gambar mana-mana kenderaan yang didapati melanggar undang-undang jalan raya di kawasan yang mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mulai 1 Mei ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menggunakan kaedah itu bagi mengemas kini cara saman dikeluarkan supaya lebih tepat dan berkesan.
"Kalau ada yang dakwa itu bukan kenderaan mereka (walaupun selepas notis saman berserta gambar dihantar), sila kemukakan bukti di mana-mana kaunter trafik," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini semalam.
Menurut beliau, kaedah itu akan diguna pakai bagi semua kesalahan termasuk memandu melebihi had laju, tidak memakai tali pinggang keledar, membuat pusingan di kawasan yang tidak dibenarkan dan sebagainya.
"Kaedah itu digunakan sebagai bahan bukti bagi menunjukkan seseorang itu telah melanggar undang-undang jalan raya," kata beliau.
Khalid memberitahu, bagi kawasan yang tidak mempunyai CCTV, saman akan tetap dikeluarkan secara normal oleh anggota dan pegawai trafik.

p/s: Alamak, ini bukan berita baik. SM selalu buat "u-turn" dekat Jalan Bangsar dpan Masjid Saidina Abu Bakar. Ye la, nk short cut kan, dah la jauh. Kt tmpt u-turn tu plak ada CCTV, sebijik mcm dlm gmbr. Terpaksa la ikut jauh lepas ni supaya PAPARAZZI berpangkat Koperal/Sarjan/Amah tak tangkap gambar gua yg menonggek sambil bawak moto.

12 comments:

Chybee said...

haaa...kan dh cuak. hehehe

dayanaazhar:) said...

hati2

Unknown said...

huhuh jgn merempit okay. hwehe

Santan Berlada said...

alamak...
dah la ak slalu buat
bende x senonoh
attas jalan... adoi....

zikeryhassan said...

lepas ni naek public transport je la. ahaha

ftrhd said...

aku sokong sebab ramai yang jadi samseng jalan raya tanpa diorang sedari sekarang ni...hahah.. kasi saman skit.. tak bayar kasi percutian dalam penjara selama 3 hari dua malam.. berserta pakej makam minum yang berlaukkan ikan goren je tiap2 hari..

Kicap Manis Media said...

@chybee: masti lor.

Kicap Manis Media said...

@yana: baek.

Kicap Manis Media said...

@cik: insyaallah.

Kicap Manis Media said...

@sham: geng kot!

Kicap Manis Media said...

@zik: sesak kot.

Kicap Manis Media said...

@fitri: amboi..marah nmpk. HEHE.