Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

24:7 | Muak aku dengar penghinaan blogger Malaysia.

"Who do you think you are?
Runnin' round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?" 

-Christina Perri, Jar Of Hearts-



Assalamualaikum. Dah solat? Bagus. Baru la boleh baca entri aku yang sangat biasa-biasa ni. Tak glamer mcm entri kau. Pernah dengar group 24:7? Sebuah group penyanyi yang sedang famous tu. Baru setahun jagung dah famous. Bukan senang kan. Tapi yang sedihnya, diorang famous bukan sebab karya seni diorang, tapi oleh sebab kutukan dan hinaan. Dari siapa? Dari siapa lagi..dari rakyat negara mereka sendiri la, rakyat Malaysia. Hahaha.

SM dah lama dengar pasal 24:7 ni tapi agak terlambat dengar pasal Gula-gula. Nampak kan? Ni baru yang agak komersial, tak jumpa lagi yang indiependant punya. Mesti ramai la yang akan keluar sebagai group yang bertemakan K-pop. Semua ni sebab apa? Nak tanya sikit? Kenapa diorang ni nak sangat buat group bertemakan K-pop? Sebab sambutan hangat rakyat Malaysia terhadap K-Pop la. 

Tapi SM nak begitau korang yang entri SM ni bukan nak hina group-group K-Pop Malaysia Version ni bahkan tidak juga memuji mereka. Ramai blogger sedang meriah membuat entri tentang mereka ni. Semua entri yang SM baca adalah tentang "euww", "Oh Jesus Christ", " damn, what the fuck", "disgusting". Betul tak? Tak jumpa la lagi yang cakap, "Astaghfirullah, semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka".

Apa yang terjadi kepada blogger-blogger ni? Korang suke kan menghina orang lain? SM akui, SM pun banyak mengata orang tapi masih berpada-pada. SM akan mengata kalau SM sedar yang SM tak buat benda tu, contohnya Mak Cik Siti yang celaka kutuk Islam dalam FB. Memang harus la maki carut bagai. Tapi yang korang maki dan carot serta hina ni saudara korang sendiri. 

SM tertanya-tanya, rakyat Malaysia sudah hilang kreativiti ke? Sudah tidak pandai bertindak kritis ke? Korang dah tak ada cara or sudah tak pandai ke nak menasihat orang? SM bukannya sokong sangat pun dengan kewujudan group-group seperti ni, tapi SM kesian diorang dihina, dimaki, dicaci oleh rakyat negara mereka sendiri. Bayangkan kalau korang berada di tempat diorang, apa perasaan korang?

Kalau dulu, ramai band yang dituduh cuba untuk meniru orang putih, cuba nk menjadi kebaratan la, apa la. Tapi last sekali korang terima jugak kan? Itulah orang kita, suka SEPAK dari SUPPORT. Kalau tak suka, tak payah maki or caci, kalau suka cuba betulkan apa yang salah pada diorang. Dulu orang meluat tengok AF, sekarang, anda rancangan realiti TV yang berjaya. 

Kalau korang rasa tindakan group ni salah, betulkan, kalau diorang melanggar batas syara', banteras la. Jangan la develop skill menjadi mulut longkang terbaik. Puaka namanya tu kan? Satu soalan. Adakah kita cukup sempurna untuk menghina orang? Adakah kita cukup sempurna untuk mencaci orang? Adakah kita cukup sempurna untuk meletakkan diri kita lebih tinggi daripada seseorang oleh kerana terdapat kelemahan pada orang tu? Jawapan terletak pada diri sendiri.

SM dh tak larat baca entri-entri yang berunsurkan kejian dan cacian yang kebanyakannya memaparkan gambar-gambar group ni. Kalau dah benci, kalau dh meluat, kalau dah rasa diri tu cukup sempurna, tak perlu paparkan gambar diorang. Kalau korang cakap diorang tak tutup aurat, kenapa masih memaparkan poster seksi diorang? Fikir-fikirkanlah.

"WHO DO YOU THINK YOU ARE?"

Kita bukan sesiapa untuk menentukan seseorang itu menjadi sesiapa, kerana, kita adalah seseorang yang hanya boleh cuba untuk memandu seseorang itu untuk menjadi sesiapa yang berguna.

p/s: Ini peringatan untuk kita semua especially buat penulis sendiri.


BUAT PAHALA DENGAN KLIK?! Mudah je. Itu kan sedekah.


Adik kecik comel mcm SM ni cakap, 
SENYUM ITU SEDEKAH!
Sikap benci dan garang itu MAZMUMAH.


Comel tak? Sila klik gambar untuk senyum macam adik tu dan dapat ganjaran.


Klik kt serban adik tu untuk buat pahala.

Sempena Hari Jumaat yang penuh barakah ini, marilah kita mengamalkan sikap sedekah menyedekahi antara 
satu sama lain nye pun. Semoga Allah memberkati anda. :)