Showing posts with label opinion. Show all posts
Showing posts with label opinion. Show all posts

Aku pernah menjadi GEMUK.

" I'm beautiful in my way
'Cause God makes no mistakes
I'm on the right track baby
I was born this way
Don't hide yourself in regret
Just love yourself and you're set
I'm on the right track baby
I was born this way. "

-Lady Gaga, Born This Way-


Lady Gaga memang propa. Penuh dengan prinsip illuminati. Suka menimbulkan kontroversi. Come on la. Dia kan artis, untuk drag seseorang artis untuk maju mestilah populariti. Tak kira orang suka atau benci, asalkan orang mengenali nama artis tersebut. Orang mencaci dan mengumpat, tapi at least diorang menyebut nama artis tu kan? Famous tak? Famous la. Ada aku kesah?!

Entri SM ni tak ada kaitan dengan Lady Gaga dan ideologinya tetapi ada kaitan dengan lagu "Born This Way" yang dinyanyikan Lady Gaga. Lagu ni sesat? Lagu ni hina pelbagai agama? Ada aku kesah sekali lagi. Pernah dengar pepatah, "BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH". Bila kita dah matured, kita adalah penapis untuk diri kita sendiri. Senang cakap, ilmu itu ibarat penapis kopi. Kerjanya adalah menapis kopi dari serbuk kopi. Ada paham?


*Gemuk tak bermakna tak cantik*

SM baru lepas tengok show baek punye dekat MTV. Tajuk show tu ialah " I used to be FAT" atau "Aku pernah menjadi gemuk". Menarik? Seriusly menarik. Episod yang SM tengok tu tentang seorang pelajar lepasan sekolah/ High School. Dia ada masalah yang menyebabkan dia murung, stress dan sedih. Masalah KEGEMUKAN.

Kalau tanya orang gemuk, adakah diorang suka akan kegemukan diorang? Confirm semua benci akan kegemukan diorang. Kalau ada yang cakap suka dan selesa tu, tolong la jangan jadi hipokrit and tipu diri sendiri. Allah telah menciptakan kita dengan pelbagai bentuk, rupa dan berkaum-kaum untuk apa? Mestilah untuk kita saling berkenl-kenalan. Bukan mendiskriminasi dan berpuak-puak antara satu sama lain kan?

Menjadi gemk tak salah, menjadi kurus pun tak salah. Asalkan mereka bersyukur dengan apa yang mereka ada. Tapi kalau orang gemuk, cuba untuk menukar dirinya kepada sesuatu yang lebih baik, itu adalah terbaik. Maybe ada yang akan cakap, "I was born this way". Tapi takkan mereka nak stick dengan kegemukan mereka?

Sambung balik cerita "I used to be FAT". Girl tu diberi masa 86 hari atau 12 minggu untuk menjadi kurus sebelum dia akan masuk mendaftar kt universiti. Berat pertama kali dia timbang ialah 186lbs. 84-b5 kg mcm tu la. Itu sangat tidak ok dengan ketinggian dia.

Starting on that day, dia dan trainer dia akan pergi ke gym setiap hari, trainer akan kawal pemakanan dan pantau segala keadaan dia dan trainer jugak yang akan push dia untuk exercise. Cuma itu je trainer boleh lakukan kerana selebihnya adalah terletak pada diri dia sendiri. Dalam sepanjang 86 hari tu, banyak la cabaran. Mak dia mcm tak support dia and kata dia sellfish. Sebab mak dia banyak bergantung kt dia untuk jaga adik-adik, bawak kereta dan lain-lain tetapi dia lately sibuk dgn gym and kelas tarian.

So dia stress and pada minggu yg sepatutnya dia dapat kurangkan 10 paun, dia berjaya kurang kan 6 paun. So, ada la konflik dia dgn trainer. Bergaduh bagai. At last, pada hari terakhir, setelah penat lelah dan pelbagai cabaran, akhirnya dia berjaya mengurangkan 40 paun iaitu setengah daripada berat asalnya menjadikan beratnya 63 kg.

So, last sekali, dia berjaya mengembalikan tahap keyakinan dia. Dia hidup dengan bahagia dan selesa dengan keadaan diri dia. Jadi, kepada mereka yang tidak selesa dengan bentuk tubuh mereka, sudah tiba masanya anda mengubah diri anda. Jangan tunggu esok, mulakan hari ini kerana nanti anada akan berasa rugi. Terserah kepada individu jugak. Kalau dia selesa, it's ok. Kalau benda itu akan menimbulkan maslah, cpt2 la berubah, Kita bukan mengubah ciptaan Tuhan pun kan?

BUKAN SENANG UNTUK SENANG, BUKAN SUSAH UNTUK SUSAH.

p/s: SM berjaya mengubah diri SM daripada seorang yang kurus kering kepada seorang yang agak berotot. HEHE. Berkat pergi gym selalu. Sekarang baru confidence level tinggi. :) Bersyukur kepada Allah sebab memberi kekuatan untuk mengubah diri ke arah kebaikan.




24:7 | Muak aku dengar penghinaan blogger Malaysia.

"Who do you think you are?
Runnin' round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?" 

-Christina Perri, Jar Of Hearts-



Assalamualaikum. Dah solat? Bagus. Baru la boleh baca entri aku yang sangat biasa-biasa ni. Tak glamer mcm entri kau. Pernah dengar group 24:7? Sebuah group penyanyi yang sedang famous tu. Baru setahun jagung dah famous. Bukan senang kan. Tapi yang sedihnya, diorang famous bukan sebab karya seni diorang, tapi oleh sebab kutukan dan hinaan. Dari siapa? Dari siapa lagi..dari rakyat negara mereka sendiri la, rakyat Malaysia. Hahaha.

SM dah lama dengar pasal 24:7 ni tapi agak terlambat dengar pasal Gula-gula. Nampak kan? Ni baru yang agak komersial, tak jumpa lagi yang indiependant punya. Mesti ramai la yang akan keluar sebagai group yang bertemakan K-pop. Semua ni sebab apa? Nak tanya sikit? Kenapa diorang ni nak sangat buat group bertemakan K-pop? Sebab sambutan hangat rakyat Malaysia terhadap K-Pop la. 

Tapi SM nak begitau korang yang entri SM ni bukan nak hina group-group K-Pop Malaysia Version ni bahkan tidak juga memuji mereka. Ramai blogger sedang meriah membuat entri tentang mereka ni. Semua entri yang SM baca adalah tentang "euww", "Oh Jesus Christ", " damn, what the fuck", "disgusting". Betul tak? Tak jumpa la lagi yang cakap, "Astaghfirullah, semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka".

Apa yang terjadi kepada blogger-blogger ni? Korang suke kan menghina orang lain? SM akui, SM pun banyak mengata orang tapi masih berpada-pada. SM akan mengata kalau SM sedar yang SM tak buat benda tu, contohnya Mak Cik Siti yang celaka kutuk Islam dalam FB. Memang harus la maki carut bagai. Tapi yang korang maki dan carot serta hina ni saudara korang sendiri. 

SM tertanya-tanya, rakyat Malaysia sudah hilang kreativiti ke? Sudah tidak pandai bertindak kritis ke? Korang dah tak ada cara or sudah tak pandai ke nak menasihat orang? SM bukannya sokong sangat pun dengan kewujudan group-group seperti ni, tapi SM kesian diorang dihina, dimaki, dicaci oleh rakyat negara mereka sendiri. Bayangkan kalau korang berada di tempat diorang, apa perasaan korang?

Kalau dulu, ramai band yang dituduh cuba untuk meniru orang putih, cuba nk menjadi kebaratan la, apa la. Tapi last sekali korang terima jugak kan? Itulah orang kita, suka SEPAK dari SUPPORT. Kalau tak suka, tak payah maki or caci, kalau suka cuba betulkan apa yang salah pada diorang. Dulu orang meluat tengok AF, sekarang, anda rancangan realiti TV yang berjaya. 

Kalau korang rasa tindakan group ni salah, betulkan, kalau diorang melanggar batas syara', banteras la. Jangan la develop skill menjadi mulut longkang terbaik. Puaka namanya tu kan? Satu soalan. Adakah kita cukup sempurna untuk menghina orang? Adakah kita cukup sempurna untuk mencaci orang? Adakah kita cukup sempurna untuk meletakkan diri kita lebih tinggi daripada seseorang oleh kerana terdapat kelemahan pada orang tu? Jawapan terletak pada diri sendiri.

SM dh tak larat baca entri-entri yang berunsurkan kejian dan cacian yang kebanyakannya memaparkan gambar-gambar group ni. Kalau dah benci, kalau dh meluat, kalau dah rasa diri tu cukup sempurna, tak perlu paparkan gambar diorang. Kalau korang cakap diorang tak tutup aurat, kenapa masih memaparkan poster seksi diorang? Fikir-fikirkanlah.

"WHO DO YOU THINK YOU ARE?"

Kita bukan sesiapa untuk menentukan seseorang itu menjadi sesiapa, kerana, kita adalah seseorang yang hanya boleh cuba untuk memandu seseorang itu untuk menjadi sesiapa yang berguna.

p/s: Ini peringatan untuk kita semua especially buat penulis sendiri.


Nasib Lelaki | Wanita yang tidak layak dijadikan isteri.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera. "Buletin tengah malam nak mampos baru ada berita". Pulau Pinang, 1 Mei 2011, Hari Pekerja - Seorang wanita berusia 23 tahun telah menceraikan seorang lelaki yang berusia 23 tahun juga (secara tidak rasmi) selepas mengetahui bahawa ada seorang pegawai besar yang berkhidmat di Komtar syiok sama dia. Lelaki tersebut didapati mempunyai gaji yang besar dan dipercayai akan membuatkan hidup wanita tersebut bahagia buat selama-lamanya."

Sumber : Mama-saya-yang-cakap. com







Statement kt atas tu dh ok, tp yang kt bawah tu agak "Ayah Pin". 
*Gambar Hiasan Semata-mata*

Pagi tadi, masa tengah syok SM bersarapan, tiba-tiba mama memulakan conversation. 

Mama : Ni, hang tau dak, Kak L (bkn nama sebenar) dan tak kawan dah dengan F (bkn nama sebenar).

SM : Ya ka? Pasaipa? Depa dah break ka? Awatnya.. (Memulakan sesi mami jarum).

Mama : Sebab, Kak L la ni dok berkawan dengan sorang pegawai.

SM : WHAT? Bukan F yang minta break? *aku dh pelik*

Mama : Ha la, F tu kerja kilang, yang pegawai ni kerja kt Komtar, gaji besaq.

SM : Ya la, tapi takkan dia sanggup tinggai F semata2 duit? Kak L bukan jenis baik ka? Slalu semayang 5 waktu..awat dia..haish..x paham. Habih tu, mcm mana dgn F?

Mama : Tak tau la kt dia, F tu baik orangnya, Mak Ngah (ibu Kak L) sakit, dia mai tengok....walaupon dh putuih dengan Kak L. Mak Ngah ckp masa dia mai tgok Mak Ngah, mata dia bengkak...dia dok teriak la kot..

SM : Astaghfirullahalazim. Kesiannya hai ya Allah. Bukan apa, kalau break sebab F ni curang ka, x pa la...ni sebab ada org yg lebih byk duit suka kt dia...ya Allah. *sentap bagi pihak F*

Mama : Time dia mai tu kan, Kak L cakap kt F, " Pi la sambung blajaq lagi k, esok, bila dh jadi engineer, mai la kwn ngan i balik". 

SM: Perlu ka dia ckp mcm tu? Kalo cheq la, tarak nk mau dh aih kt orang macam tu.

Mama: Tu Kak L dok berangan, mak dia habaq, pegawai tu nama Megat, Kak L dh berangan, kalo dia dapat anak, dia nk letak nama anak dia Puteri.

SM: Macam CELAKA.

Macam tu la conversation kami. Kalah Riuh Pagi Era. Ok, mari start cerita yang lebih serius.

Apa pendapat korang? Especially lelaki yang berada di luar sana? Keji? Hina? Satu pujian dan sokongan? OK, ini pendapat SM sendiri. Wanita dicipta untuk membahagiakan lelaki dan lelaki pula dicipta untuk melindungi, memberi kasih sayang kepada wanita.  Masing-masing ada tanggungjawab sendiri. Tapi perlu ke rasa kasih sayang dan tanggungjawab tu dibandingkan dengan pangkat dan wang ringgit? Maybe sesetengah orang akan kata, "YES" dan akan kata "NO". Terpulang kepada individu.

Conversation diatas menerangkan tentang cerita jiran SM yang sudah memiliki teman lelaki yang bekerja di kilang manakala dia pula bekerja di pejabat kerajaan negeri di KOMTAR sebagai setiausaha. Namun, baru-baru ni, jiran SM yang bernama Kak L tu minta putus dgn F sebab ada orang lain yang berpangkat pegawai yang syok kt dia. Lalu dia tinggalkan F.

SM rasa, kalau SM berada di pihak F. SM akan redha. Biarlah dia pergi dengan kekasih baru dia tu. SM sedar, SM sapa, kerja kilang, duit tak dak, duduk kt KL, duit pakai banyak. SM memang tak mampu nk sara dia dengan alat2 mekap dia dan anak-anak nanti. Ye la, kalau dia berkawan dengan pegawai tu, dia akan hidup bahagia, tak hidup susah and boleh la anak cucu bahagia.

Tapi malangnya, SM bukan jenis orang macam tu. SM sseorang lelaki yang aggresif, tegas, tulus dan sentiasa nak benda nampak suci dan mulia. Sangat DEWA kan? Bagi SM, nk bercinta tu biar ikhlas, kalau hati tak ikhlas, tak payah dok bercinta, dosa kering pon tak dapat. SM kecewa dgn perangai jiran SM tu. SANGGUP dia melukakan perasaan seorang lelaki yang tulus mencintai dia kerana seseorang yang berpangkat pegawai yang bergaji besar minat kt dia. 


Apa yang menyakitkan hati SM bila dia cakap dekat F yang datang rumah dia untuk menjenguk mak Kak L yang sakit, supaya F  perlu sambung belajar, bila dh jadi Engineer baru datang balik. Ape ke BODOH nye statement kau. Kau ingat laki tu bodoh sangat ke nak amik kau jadi bini dia? Tapi tak tau la kalau laki tu memang bodoh. SM terasa hati sebenarnya. SM ni lelaki. SM faham sangat perasaan lelaki. 

Wanita Yang Tak Layak Dijadikan Isteri

"Wanita, hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah"

Propa sangat lagu kt atas. Dalam propa2 pon, lagu tu adalah 100%  benar. Tulus dan ikhlas. Sejuk hati dengar lagu tu. Tapi panas je hati SM dengar pasal jiran SM ni. Nak buat macam mana kan F, dh ko tak de jodoh dengan dia. Redha je la. Ada berjuta lagi perempuan yang baik dan ikhlas nk jadikan kau suami dia contohnya mcm wanita yang tengah membaca ni. 

Kalau nk disenaraikan jenis-jenis wanita macam ni, memang banyak tapi SM nak pilih yang satu je.

"Perempuan yang mencintai seorang lelaki bukan kerana Allah dan bukan kerana hubungan kasih sayang antara mereka, tetapi kerana lelaki itu berduit".

Ada ke perempuan macam ni? Ada la. Especially dalam filem dan drama Melayu. SM tak jangka yang perkara ni realiti dan bukan dongeng semata-mata. Rupa-rupanya ia adalah realiti yang tidak diduga. Kepada wanita sebegini, berubahlah dan jangan kejar harta semata-mata sebab SM ada pengajaran disebalik perangai buruk ni. 

KISAH 1 : Wanita yang mengejar harta semata-mata.

  • SM ada seorang sepupu perempuan yang sudah berkahwin dengan 2 orang lelaki. Dia tinggalkan suami pertama kerana diceraikan. Oleh sebab curang terhadap suami pertama yang hanya kerja biasa2. Suami kedua adalah orang kaya. Gangster jugak la. Gemok dan kurang ajar dengan orang-orang tua. Dia pegang kelab-kelab di Bukit Bintang, KL. Tapi status perkahwinannya diragui. Si suami sudah melafazkan talak tiga namun mereka masih bersama. Dia selalu dimaki hamun suaminya. Dihina dan dicaci. Yang paling geli. Hal rumah tangga sampai ke Facebook. Apa cerita? Sehingga kini, dia hidup dalam keadaan tidak tentu arah. Serabut aku tengok.
KISAH 2 : Wanita yang tulus mencintai.

  • Bukan nk market ke apa. Ini kisah kakak SM. Bukan la nak kata kami ni baik, tapi ini sebagai pedoman. Kakak SM kerja sebagai Setiausaha dekat Giant. Suami dia pula bekerja di kilang. Biasa la, keje kilang, gaji tak la besar. Tapi perkahwinan diorang, Alhamdulillah, boleh bahagia sampai sekarang. Mula berkahwin pada 2008, diorang dikurniakan 2 orang cahaya mata yang comel. Walaupun kadang-kadang dihimpit masalah kewangan, abang ipar SM sentiasa cari jalan keluar. Sekarang dia jual insuran, Alhamdulillah, masuk juga income free tiap-tiap bulan. Sebab apa? Sebab bercinta tanpa menjadikan wang sebagai alasan untuk hidup bahagia. Wang boleh dicari tetapi keikhlasan dan kebahagiaan perlu dibina atas nama cinta dan kasih sayang.
Kalau SM nak cari isteri, kena la yang ikhlas menyayangi. Biar hidup kesempitan wang, asalkan bahagia, kerana rezeki kita Allah yang tentukan, jangan la pulak sebab Tuhan dan tentukan rezeki, kita malas nk usaha. Memang tak dapat la. Lelaki pula jangan hanya mengharapkan pendapatan tetap saja. Dunia sekarang dah lain. Susu, pampers dll dh mahal. Kena la usaha lebih sikit nk bahagiakan keluarga.



p/s : Hidup ini ibarat RODA MOTOR GT128, kadang2 kita diatas, kadang-kadang dibawah. Jangan tidak terlalu percayakan hukum Karma kerana WHAT GOES AROUND COMES AROUND. Bayangkan kalau anak lu ditinggalkan awek sebab kejar laki kaya. Dia menangis and nk bunuh diri. Apa lu rasa? Lu langsi, Lu mati. Sorry la kalau ada orang tak setuju, ini pendapat SM saje. :D 



On Behalf Of:
Man In This World.







REALITI | AF9 lagi best dari Mentor 5.

Assalamualaikum. Panas. Kipas susah hidup. Sebab tu la panas. Sila beli baru lepas dapat duit dari Nuffnang yang kepuk berjuta-juta tu. Tapi sSM x layak la nk dapat kepuk-kepuk dari Nuffnang. Sebab prinsip berat sebelah yang memihak kepada orang bajet glams je yang kaya. Saje nk bagitau, Nuffnang doesn't gain my trust anymore. I don't believe in Nuffnang like Kurt doesn't believe in God. For whatever the reasons, Nuffnang never seems to be a good advertising-money-earn-thing. I was like dying throwing all the bullshits ads all over the blog space but the greatest thing I had was pee residue. Now I wanna say that, Nuffnang was on my HELL list. Done with it. You suck



Seriously, AF9 sekarang menyaingi Mentor 5. Tak dinafikan , bakat Mentor 5 adalah luar biasa bermula dengan lahirnya penyanyi berkulit gelap itu, Sofia Jane ke nama dia? *Sorry, lupa. Kemudian, lahirnya Salma dan beberapa yang peserta lain yang boleh mengagumkan penonton dengan hit note yang tinggi.  Memang objektif Mentor adalah untuk mencari mereka yang boleh mencapai high note kot. Best kot dengar Salam perform. Protugue (btol ke aku eja) Kak Pah pon ok jugak, nice.  



Tapi sejak kemunculan Fina dan Hazama, rentak AF9 yang nampak seperti pusat karaoke jamban kini bertukar wajah. Dari pusat karoke jamban ke sebuah pentas mega bertaraf antarabangsa. Prestasi diorang pun meningkat naik. Memang patut la 'minggu keguguran' tu diadakan sebab mereka yang malas nak nyanyi tu sepatutnya dihambat keluar. Kejam bahasa aku. No la, yang terkeluar tiga orang tu berbakat, tapi SM rasa sebab ketegangan yang diwujudkan Ogy terlalu ketat buat diorang, diorang pon perform takut-takut la. 



Sebelum lebih jauh melalak, nk gtau, Fina ni luar biasa.Minggu pertama dia nyanyi lagu All By Myself dari Celine Dion. Mantap? Sesangat. Hattan cakap English terus. Suara memang power la. Beruntung AF9 dapat pelajar macam dia. Bukan senang AF nk dapat talent mcm tu sebab Mentor je asyik dapat. Sekali sekala kan.

AF dan Mentor ni bukan sekadar rancangan realiti TV je. Tapi sebuah tempat untuk family berkumpul dan berhibur. Salah ke? Tak salah kan? Tapi takyah la gigih nk mengundi, kredit habis, duit habis, salah kau. Bukan salah aku. Haha. SM lebih minat AF la berbanding Mentor. Kalau korang tanya kenapa, SM akan cakap:


  • AF ada Pak Nil dan pengkritik yang selalu bikin orang panas. Sgt American Idol.
  • Lebih drama, bukan sekadar buka TV dan tengok orang menyanyi je.
  • Banyak kezzzzzzutan.
  • Aku dh tgok AF, 8 tahun dah. AF1 x tengok sebab rumah tak dak Astro time tuh. :)
  • Ada diari. Boleh ikut bubbling.
  • AF9 ada penyanyi berbakat besar, *Fina..harus.
  • Walaupun peserta laki poyo2, aku tetap Afundi Erul.. (afundi dalam hati je).
Siapa cakap Mentor tak best? Mentor best, cuma thrill Mentor kurang sedikit dari AF. Mentor best sebab:

 

  • Ada Ramli MS. *terpaksa jugak sebab Host x best especially..paham2 je la.
  • Penyanyi boleh gigit high note gila babi punye.
  • Artis jadi cikgu, even yang baru setahun jagung dalam industri.
  • Drama kuat jugak. Tp mamat "Yeahhh" tu je yg bikin drama.
  • Ada juri awam. Nampak ketulusan dan integriti disitu. Cuma agak classic la.
  •  Fiq Mentor terbaik.
  • *Erk..aku masih lupa penyanyi lagu Sofia Jane tuh. 
So, as a conclusion, for whatever reality TV programmes you watch, don't over-watching or obsess with the artist themself.  Don't keep your dream of becoming like them. It is fine to be like them but to be like them, while you know that you have a limited potential of working in such industry, it's gonna place you in humiliation. Please be assure that you have the talent. That is what important.